Salam untuk semua sahabat tercinta.
Hari ini saya ingin membawa mengajak sahabat-sahabat untuk membuka minda tentang satu perkara yang di pandang remeh oleh sesetengah orang sekarang.
Ramai antara kita yang canggih pelajarannya..Tapi apabila tiba pada bab agama,bab mengaji semua lepas tangan.
Saya ambil contoh paling mudah.Di kampung saya berapa ramai anak-anak yang tidak pandai mengaji,ke hulu ke hilir dengan basikal,dengan rambut merah,sambil mulut mencarut pakaian yang tak terurus..Astagfirullah.
Jika di tanya tentang solat..sudah tentu tidak dilakukan...apatah lagi mengaji.Itu satu senario.
Suka saya untuk membawa satu lagi senario.Saya sekarang merangkap pengganti emak dan ayah saya untuk mengajar al quran bagi budak-budak yang datang ke rumah.Kebanyakan nya berumur 7 hingga 12 tahun.Ada di antara mereka yang datang tanpa pengetahuan tentang al quran.Emak dan ayah dengan sabar mengajar mereka.Sehingga mereka pandai menyebut alif ba ta..dan ada yang sudah kami buat khatam al quran .Alhamdulillah.Namun tak kurang juga yang datang sekali dua lepas tu terus lesap.Ada ibu bapa yang peka paksa anak-anak mereka datang,tetapi ada juga yang hanya mengikut kemahuan anak.
Sayang anak katakan!!!
Cuba anda fikir,jika quran pun tak mampu dibaca,bagaimana solat,bagaimana ibadah lain?
Tadi ayah saya ada berkata..jika mati ayah,bacalah al quran utk ayah,,sebak rasanya...
Tapi insya allah ilmu alquran yang di beri ayah cukup utk kami anak-anak sedekahkan kepada ayahanda.Tapi cuba anda fikir kan berapa ramai anak-anak muda kita yang tidak mampu untuk membaca.Al-quran hanya sebagai hiasan.
Itu belum lagi bab penghayatan al quran..Suka untuk memetik kata ayah saya.Kata ayah,al quran ibarat surat yang diberi allah pembesar kepada kita...jika kita tidak baca atau tidak mampu untuk membaca bukan kah itu menghina raja kita...raja kita yang maha agung.
Hari ini tidak timbul kerunsingan jika anak kita tidak mampu membaca al quran.Apa yang penting cemerlang SPM,dapat masuk universiti.Itu saja matlamat hidup.Dan ada juga yang hanya mengaji semasa kecil,bila sudah meningkat dewasa al quran di campak ke mana.
Cuba renung-renungkan masalah ini wahai anak bangsa ku
KELEBIHAN ORANG YANG MAHIR DENGAN AL-QURAN
Daripada Aishah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda :“orang yang mahir dengan al-Quran, bersama Malaikat Safarah yang mulia lagi taat. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tergagap-gagap (tidak lancar) ketika membacanya dan dia sukar (membacanya kerana tidak mahir), maka baginya dua pahala”