topbella

Friday, December 31, 2010

Atas nama CINTA~

Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya,
daipada usaha yang seperti sia-sia,
allah sudah tahu kau telah berusaha,
Ketika kau menangis tersedu-sedu,
allah sudah menghitung air mata mu,
jika kau sedang menunggu sesuatu,
dan waktu yang begulir terasa lesu,
allah sedang menunggu bersama mu,
ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya,
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
allah punya jawapannya,
ketika segala sesuatu tidak masuk akal,
dan kau berasa tetekan,
allah dapat menenangkanmu,
jika tiba-tiba kau melihat jejak-jejak harapan
allah sedang berbisik kepadamu,
ketika segala sesuatu bejalan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur,
allah telah memberimu rahmat,
ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau di penuhi ketakjuban
allah telah tersenyum padamu,
ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk di genapi
allah sudah membuka mata mu
dan memanggil mu dengan nama mu...
dimana pun engkau,
ke mana pun kau menghadap
allah itu MAHA TAHU DAN MAHA MENDENGAR..=)
farhan mat salleh-stanza cinta

Lara Seorang Dia

bagaikan musafir hina,
aku mencari sebutir cinta,
dalam syahdu malam gelita
hati rindu moga kan ceria,

suara ini tulus berharap,
moga kan ada hari indah
mengusir duka,
menghambat lara,

jernih hati luhur jiwa,
bisik hati ku sambut mulia,
penuh harapan dalam doa,
moga termakbul oleh nya

segan hati mengucap kata,
aku-perindu lara

nukilan:perindu sepi
301210 11.10

Tuesday, December 28, 2010

Kemenangan hakiki~

Matlamat manusia adalah mencari kebahagiaan dengan perjuangan yang getir sekali. Jadi kita sekarang ibarat pemusafir,kita berjalan di atas kemudian berteduh dibawah pohon..semasa berada di bawah pohon itu lah kita melakukan pelbagai perkara..baik..jahat..SELESA SEKALI...tapi tidak lama... kerana kita harus meneruskan perjalanan.Pohon itu ibarat nya dunia yang kita duduki sekarang...
Kemudian kita akan meneruskan perjalanan ke alam yg lain.INGAT...Kita tak selamanya tinggal di pohon itu..

Tapi apa agaknya bekal yang kita ingin bawa..

allah tanya apa bekal mu semasa menjadi anak
allah tanya apa bekal mu semasa menjadi ayah
allah tanya apa bekal mu semasa menjadi ibu

Dosa yang sebesar atom pun akan di balas..bagaimana pula dosa seharian kita..bergunung tinggi.seluas lautan....SAYA ANDA SAMA...

Sekarang umur kita sudah 18tahun...Apa agaknya yang kita lakukan selama 18 tahun ini..Sudah bersediakah kita untuk menghadapi hari itu??

Bagaimana dengan solat kita selama ini.Sempurnakah?.
Bagaimana dengan aurat kita selama ini.Sempurnakah.?
Bagaimana dengan ikhtilat kita selamaini.Terjagakah?
Bagaimana dengan akhlakmu.Baikkah?
INGAT TIADA PERJUANGAN YANG SENANG,YANG TIDAK DIUJI!



Jika hari ini kita senang dalam maksiat..disana kita akan menangis ibarat orang gila..

Jika hari ini kita benci pada maksiat..disana kita akan ketawa.... dengan kemenangan

Setiap anak adam itu berdosa..SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERDOSA ADALAH YANG BERTAUBAT....bertaubatlah padapemilik ampunan..itulah kunci kemenangan kita...pada hari yang tiada lindungan kecuali lindungan allah..

SELAMAT BERJUANG SAHABATKU

Manusia kau dan aku~

Aku tahu kau sama saja dengan ku
lemah dalam tuntutan nafsu,
kita mencari tuhan pabila perlu,
bila senang kita mula jemu,

Mengapa di  beri alasan beribu,
Dalam beramal jangan menunggu
Matlamat mu di sini hanya satu,
jadikan jihad matlamat mu

pabila hati yang berbicara mula merindu,
kuatkan iman takwa mu berpadu
Jangan di puja syaitan menganggu,
kasih sejati tuhan yang satu,

usia mu usah di biar begitu,
cintakan dunia usah menggebu,
kelak hati mu menangis pilu,
kembalilah sementara tersisa waktu.....

astagfirullah

TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

lepaskan sayapnya~

Sayu!
Itulah yang bermain dalam hati  saya pabila berjumpa dengan ibu muda tengah hari tadi.Saya berjumpa ibu muda tadi  di atas bas.Kebetulan dia duduk di sebelah saya.Tersenyum saya melihat gelagat anak kecil nya yang sangat comel.

Saya hanya tersenyum ceria kepada baby.Kemudian saya melemparkan pandangan ke luar tingkap.Tiada yang menarik perhatian.Sesekali saya mencapai pipi tembam baby yang memakai skirt biru itu.Dia mengekek ketawa menampakkan lesung pipitnya.

 Seketika kemudian,ibu muda itu menegur aku.Dia memanggil aku kakak.Aku cuba membetulkan panggilannya.Rupa-rupanya dia sama umurnya dengan ku.Cuma beza nya dia sudah ada baby.Sedang aku?cuma seorang pelajar dipusat asasi.Perbualan aku makin rancak.

Tiba-tiba wajahnya berubah.Dia bercerita tentang suami nya yang tidak membenarkanny memakai tudung.Kata suaminya benci!rimas!geli! apabila melihatnya memakai tudung.Hati ini beristighfar panjang...kesian....Kata nya hati nya meronta untuk memakai tudung .Aku menyuruh nya bersabr dan berdoa..itu saja yang mampu aku katakan..

 Dia sempat berpesan padaku.Belajar bersungguh-sungguh sebelum menikah.Jangan jadi macam dia..kerana tiada ilmu dia terpaksa jadi lembu.Aku cuma mengangguk sayu.Sempat ku pegang tangan baby,dalam hatiku berdoa..selamatkan ibu mu baby.....

P/s:Semoga anda mendapat yang terbaik yang mencappai tangan mu ku redha ilahi..........................amiin

kalbu seorang 'imam'..

Aku lah imam mu,
Yang sentiasa setia menunggu,
Ratu solehah idaman kalbu,
Tiada senang bagiku,
Dalam perjalanan mecari restu,

Tekad hati ku melafaz janji,
Mengikat janji dua hati,
Tulus syahdu di hadapan wali,
Bersama menuju redha ilahi,

Izinkan aku menyingkap tirai kelam,
Agar tiada lagi air mata semalam,
Luka dan dendam yang terpendam,
Redhalah aku sebagai imam,

Pada mu tuhan kuserah pergantungan,
Didiklah ratu ku dengan al-quran,
Jadikan dia sebaik-baik insan,
Hidup mati nya dalam iman

by:farhan mat salleh
26/12/10

Thursday, December 23, 2010

Mendung hati seorang sahabat

Assalamualaikum..


Hari ini langit mendung..semendung hati ku.. Ya Allah...kuatkan lah hati hamba mu ini...


Berada di UIA pada tanggapan orang adalah satu syurga untuk orang yang cintakan agama.Pertama kali menjejakkan kaki ke Uia NILAI,perasaan ini meleset sama sekali.Suasana islamik maahad muhammadi yang menjadi tempat aku belajar mengenal islam sudah tiada.


Apatah lagi apabila sebilik dengan orang yang kurang ilmu agama.Pada mulanya aku cuba mendekatkan diri dengan mereka.Namun lama kelamaan aku yang semakin hantut di bawa aku yang menarik malah aku yang tertarIk ..Astagfirullah...


Suasana dalam bilik hanya di penuhi dengan lagu-lagu yang melalaikan.Hati ini bimbang takut makin terpengaruh.Jadi aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari mereka.Pernah juga aku cuba mengur salah seirang rakan yang pada ku agak baik,tentang pakaianya.Tapi yang menghancurkan hati ku apabila dia menjawab:''i deserve to choose what i want to wear''.Ya allah..rasa hati ini bagaikan pecah sekali apabila rakan ku berkata begitu.


Aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari mereka bukan kerana aku aku tidak ingin berkawan dengan mereka.Tapi aku tidak mahu hati ku pecah lagi dan aku tidak mampu untuk belajar.Saat ini pun aku berasa sedih itu masih lagi menyiat kalbu ku..


Wallahua'lam

pertunangan itu satu amanah



Assalamualaikum...
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Kalau meneliti hadis di atas, pasti akan kedengaran suara-suara berbisik di balik tiang,
" Benda baik, buat apa nak sembunyi? "
" Kan better kita hebahkan, baru laa orang lain tak 'masuk line' dah pasangan tu..."

Betul tak?


Hadis VS Pemikiran


Islam tidak pernah melarang umatnya berfikir. Sebaliknya lebih menggalakkan umatnya berfikiran secara terbuka. Setiap yang tertulis, pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Hanya kita sahaja terbatas pemikiran kita. Tapi masih ada hati untuk menyoal?

Kenapa Islam suruh merahsiakan pertunangan? Tunang itu, bukanlah satu tiket untuk sebarang komitmen apa-apa lagi. Sebetulnya, pertunangan itu hanyalah untuk sesi berkenalan bagi pasangan 'bakal' pengantin. Bukanlah HALAL lagi untuk pasangan itu melakukan sesuka hati mereka atas tiket " Kami sudah bertunang " !!

Cuba kita tengok akan keadaan orang bertunang, jika mereka hendak keluar membeli perkakas perkahwinan, si 'bakal' pengantin wanita masih perlulah diiringi penjaganya. Dalam suasana sebegitu, kan terjaga ikatan yang bakal diikatkan. Dalam pada masa yang sama, disitu juga terlihat berkenalan dengan 'penjaga' bakal pengantin perempuan itu. Married is not about 2 persons only! Ia melibatkan orang sekeliling sama, maka berkenalanlah dengan bakal pak mertua or bakal abang ipar sama!


Pertunangan Bagaikan Lesen Besar

Jika kita lihat zaman sekarang, jangan katakan sudah bertunang, dalam proses 'gelipren' dan 'boyapren' pun sudah diheboh-hebohkan. Tengok sajalah dalam friendster, dalam facebook, dalam blog dan dalam macam-macam lagi alam maya ini, dengan bangganya menayangkan gambar-gambar boyapren dan gelipren pada semua orang. Dengan perasaan bangga pulak tu!

Bayangkan, ambil gambar dengan gelipren berlaga pipi, lepas tu pamer dekat facebook. Bangga dia ada gelipren. Orang macam ini, mahu diklasifikasikan sebagai orang jenis apa? Melakukan dosa, dan BERBANGGA dengan dosa dilakukan dengan mempamerkan pada dunia! (Semoga Allah memberikan hidayah pada mereka)

Keluar dengan kawan-kawan, bawa bersama boyapren ikut skali. Siap kenalkan pada semua kawan-kawan dia. Yang segak bergaya dengan body katang-katang ni laa boyapren dia! Lepas tu, kawan-kawan pun mangkuk sekaki. Dah nampak maksiat depan mata, bukan nak cegah dengan perbuatan atau pertuturan. Siap boleh tak der rasa apa-apa. Selemah-lemah iman, membenci perbuatan maksiat itu dengan hati sambil berdoa kepada Allah. Itu untuk selemah-lemah iman. Habis tu, dah tak der rasa apa-apa, TAK DAK iman dah laa kawan-kawan dia tu?

Tu baru bercakap pasal boyapren dan gelipren!

Dulu aman masa tak der lesen motor lagi, bawa motor pi bandar ikut jalan dalam. Ikut kampung-kampung orang. masih takut-takut lagi nak masuk jalan besar. Bila dapat jaa lesen, kalau boleh nak saja pi cari polis-polis trafik atau JPJ. Nak lalu depan! Nak tunjuk aman dah ada lesen.....

Macam tu laa orang yang sudah bertunang pada zaman sekarang. Dulu masa title pakwe makwe , nak bawa anak dara orang takut-takut lagi. Tak berani nak pi amik kat rumah. Tunggu dekat hujung jalan kampung saja. Balik pun tak sampai laa lepas maghrib. Tapi, bila sudah bertunang ja, selumber badak ja pi rumah anak dara aka tunang dia tu. Cakap dekat bakal pak mertua nak bawa keluar anak dara dia sat. Alasan nak pi cari barang hantaran. Balik slumber jaa dekat pukul 12 malam baru balik.

Yang mak ngan ayah si perempuan tu pun satu, moden laa sangat.

Adakah betul tindakan itu?

" Jangan biarkan dosa semalam penyebab kemusnahan rumah tangga yang dibina"

Tak tau la aman nak cakap apa lagi. Kalau nak cakap hukum, rasanya ramai sudah tau. Tapi, pasai apa masih berlaku juga suasana macam ni dalam kehidupan sekeliling kita?

Tepuk dada, tanya iman.Opss...tadi kat atas tu kata TAK DAK IMAN, macam mana nak tanya? Jangan tanya aman, aman pun tak tahu nak jawab macam mana lagi~
Dipetik dari sini.

Wednesday, December 22, 2010

Wahai murobbi Ku

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbanganHakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang EsaTangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasihPada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan juaBahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semestaWalaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya RasulallahKau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu




















Ketika mendengar lagu pemergian mu yang di nyanyikan oleh in-team,air mata ini mengalir bercucuran.Rindu akan rasulullah.Benarkah aku sayangkan rasululullah?Atau sekadar kata-kata dari mulut yang pandai berdusta ini....allah..


Kata pensyarahku,jika kita sayangkan diri kita,rasulullah lebih menyayangi kita lebih dari kita meyayangi diri kita.Hebat bukan???Namun sejauh mana kita menyangi rasulullah.Mulut yang pandai berdusta laju saja mengucapkan sayang kepada rasulullah,namun sejauh mana kita membuktikan kasih sayang itu.cukupkah dengan  janji yg di ucapkan oleh lidah yang tidak bertulang ini?Jika kita benar-benar menyayangi nya mari kita kaji apa yang rasulullah ajarkan kepada kita.Mari kirta beramal mulai hari ini.MARI

 Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.



Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.

Baginda bersabda; "Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…".

Sememangnya engkau Ya Rasulullah s.a.w. seorang pendidik. Engkau mendidik kami –umatmu- agar selamat dan tidak musnah. Malah engkau menghendaki agar kami dihapuskan dosa dan diangkat darjat oleh Allah. Selamat dan sejahtera dari Allah untuk engkau, wahai Nabiyallah. Allahumma Shalli Wa Sallim ‘Ala Muhammadin Wa Ali Muhammadin.

Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…".

Sifat bakhil memang telah sedia ada dalam diri manusia. Semua kita memiliki sifat bakhil. Kerana itu kita sayangkan harta-benda kita dan kita tidak suka hak kita diganggu. Tidak ada salahnya pada semata-mata sifat bakhil. Yang salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, iaitu kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga kita enggan mengeluarkan zakat, apatahlahi untuk bersedekah. Jika itu yang menjadi sikap kita, maka kemusnahan sedang menunggu kita.

Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan sebagainya. Tanpa nafsu, manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tidak akan beranak-pinak. Kehidupan manusia berbeza dengan malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu, sekali lagi tidak ada salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan. Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah; segala yang ia lakukan dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya ialah adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini mengikut kata Nabi dalam hadis tadi ia akan musnah.

Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah untuk sujud –menghormati- Adam, ia berkata kepada Allah; "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah al-A'raf, ayat 12). Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kepada kaumnya –sebagaimana direkodkan oleh al-Quran-; "Akulah Tuhan kamu yang tertinggi" (Surah an-Nazi'at, ayat 24). Qarun pula takjub dengan kekayaannya. Ia berkata; "Aku diberikan harta kekayaan ini kerana ilmu dan kepandaian yang ada padaku" (Surah al-Qasas, ayat 78). Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan menjadi makhluk pertama jatuh ke dalam neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya yang besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah; "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia menemui sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan tidak pula dia tidak dapat menolong dirinya sendiri" (Surah al-Qasas, ayat 81). Begitulah pengakhiran golongan yang takjub dengan diri sendiri.

Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…".

Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah menjadi pemboros. Begitu juga, ramai orang yang mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kepada seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang tidak disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yang selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dengan perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata; "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada"




Ambillah iktibar dari tulisan ini.wallau'alam

Barokah Sang Ibu.

Ku tuliskan tinta ini dengan penuh rasa kerinduan dan air mata yang mengalir di dalam hati ku,untuk ibu yang tersayang.Walaupun kepala terasa agak berat di tambah rasa loya yang menganggu tekak,ku gagahkan tangan untuk menari dia atas keyboard laptop pemberian bonda tersayang.


Ingin ku katakan bahawa aku sangat rindu pada ibu yang melahirkan ku,yang sentiasa membelaiku setiap malam,yang mengusap air mata ku ketika aku bersedih dan yang sentiasa menjadi rakan karibku untuk berkongsi  rasa yang bergejolak di hati ku.Biasa lah anak remaja,sentiasa ada saja yang menganggu hati yang lembut ini.Mujurlah ada sang ibu yang sentiasa ingin menjengah ke dalam hati kecil ini,dan memahami aku.


Jujur,dulu aku bukan lah seorang anak yang taat kepada ibu.sepatah ibu menegur,sepuluh akan menjawab dengan jelingan.Aku langsung tidak menghiraukan air mata ibu yang mengalir kerana kedegilan ku mengikut nafsu remaja.Hati ini langsung tidak tersentuh apabila ibu mendoakan kejayaan ku dan keselamatan ku lewat tahajjud nya.Astagfirullah...Mujurlah allah mengirimkan aku seorang hamba allah untuk membantu aku lebih menyanyangi ibu ku.


Alhamdulillah...all praise to allah.Apabila sudah berada di bumi Uia ini hubungan ku dengan ibu bertambah rapat.Setiap hari ada saja cerita yang akan ku ceritakan pada ibu,soal hati,tentang pensyarah yang banyak kerenah,tentang rakan-rakan dan sebagainya.Syukur..


Baru-baru ini aku baru menghabiskan ujian mid-term untuk semester 2.Sungguh aku mengalami tekanan yang amat hebat kerana soalan yang agak susah menyebabkan air mata ni hampir saja mengalir.Jangkaan ku aku akan failed dalam ujian itu.Namun dengan barokah doa ibu yang tidak-tidak putus mendoakan aku,mendapat keputusan yang agak cemerlang.Subhanallah............


Kebiasaanya,jika aku menduduki exam,ibu akan membaca quran ssewaktu aku dalam dewan peperiksaan agar allah memberi ilham yang terbaik,walaupun ada soalan yang aku memang blur.Itu lah berkat doa ibu.Sekarang aku menpunyai dua ibu.Rasa bahagia itu tidak terkata kerana allah mengurniakan ibu-ibu yang terbaik di atas bumi ini kepada ku.


                                            ~ TERIMA KASIH IBU -IBU KU~

Monday, December 20, 2010

remaja dan cinta.part 1(intro)

Perkara biasa apabila di universiti remaja harus@wajib menpunyai kekasih atau pacar.Ada seorang sahabat ana mengatakan bahawa jika kita tidak menpunyai couple di UITM,perkara itu ibarat satu kepelikan atau pun satu keaiban yang sangat.Masya allah,begitulah apabila dosa sudah di amal kan maka,benda yang kekok pun akan jadi biasa.Mengapa begitu?Apabila hati sudah terhijab dan rasa malu yang menajdi paling ampuh sudah tiada jadi apa lagi yang boleh menjadi pendinding kepada maksiat yang berterusan itu.

Mungkin ramai yang sudah bosan apabila tajuk seperti ini di utarakan,namun harus ana ingatkan,hati manusia harus sentiasa di basuh agar tidak ternoda dek titik-titik hitam.

analogi hati kita saya dapat simpulan seperti kulit muka kita.Ketika kita di lahirkan kulit muka kta sangat bersih dan tiada noda namum apabila meningkat dewasa,sudah banyak noda-noda hitam yang mula bertapak di muka kita dan untuk membersihkannya anda sanggup menggunakan produk kecantikan yang mahal-mahal,begitu juga hati,apabila sudah meningkat dewasa terlalu banyak unsur asing yang mula bertapak dan akhirnya merosakkan hati kita.

Jadi penyelesainnya adalah melalui rawatan yang berkala dan di bersihkan setiap hari,supaya hati kita juga bersih.Apabila hati bersih,kita tidak lagi terhijab dengan nur-NYA...

Mungkin ramai remaja yang kata,saya couple pun saya tak tinggal solat,saya couple pun saya selalu je tahajjud,saya couple pun saya selalu je puasa sunat.Ibarat nya seperti ini ..apabila anda bekerja nanti,bos anda tentu anda akan ikut kan?jadi anda buat semua yang dia suruh,overtime pun anda buat,pergi mesyuarat anda pergi,kena tidur kat pejabat pun anda sanggup,tapi dalam masa yang sama anda buat apa yang dia tidak suka.Contoh bos anda tidak suka anda datang kerja lewat,bergayut menggunakan telefon pejabat dan sbgnya,begitu juga dengan allah.Anda sembah dia,anda taat dia,tapi dalam masa yang sama anda buat apa yang dia tidak suka?bukan kah itu akan mengundang kemarahannya..Lama-lama tentu anda akan di buang dari kerja.betul?

Jadi fikir-fikir lah.Insya allah saya akan menyambung lagi topik ini di lain masa.

saya tinggalkan anda dengan sepotong nasihat untuk hati yang sudah tercalar:

Manshur bin ammar berkata seorang pemuda:Janganlah kepemudaan mu membujukkmu.Ramai sekali pemuda yang mengundurkan taubat,memperpanjangkan angan-angan dan tidak ingat akan kematian.''Dia berkata:aku akan bertaubat esok pagi.''Lalu datanglah malaikat maut padanya,sedangkan di belum  bertaubat

wallahu'lam

secebis kisah buat mu

aku hanya milikmu...
pengalaman ini ingin ku kongsi kepada semua yg berada di luar sana..aku bukanlah gadis yang cantik atau pun menpunyai rupa paras yg terlalu menawan...namun aku menpunyai keinginan untuk berniqab atau berpurdah....dalam sebuah buku yg aku baca ada mengatakan bahawa orang yang berniqab akan di sambut oleh allah sendiri di padang masyar...MASYALLAH...keinginan ku terlalu kuat pada masa itu.ALHAMDULILLAH tanggal 22/5/2010,aku diterima masuk ke uia dalam bidang bahasa arab.DIsana ada beberapa pelajar yang memakai niqab.pada mulanya aku takut untuk mengenakan niqab tapi alhamdulillah allah membuka hatiku jua..SYUKUR!!!!!!!!!!!!



NAMUN..............................................


kehidupan ku mula berubah.....cabaran pertama yang aku harus terima adalah..aku di fitnah bermacam-macam.pantang saja aku bercakap dengan rakan sekelas ku yang lelaki aku akan di pandang seronng...(walaupun hal yang berkaitan pelajran).sampai satu tahap,aku tidak dapat menahan lagi kata-kata mereka aku pergi berjumpa dengan pensyarah iaitu ust ahmad..(terima kasih ustaz!!!),,kami berbincang dan dia mengatakan itu adalah perkara biasa ,orang berpurdah ibarat kain putih dan jika kita melakukan kesalahan yang ibarat kotoran hitam pasti akan ternampak..hmmmm...ust memberi pilahan sama ada aku ingin membuka purdah atau tidak untuk menghentikan fitnah2 itu.aku terlampau sedih pada waktu itu,lalu aku mendapatkan nasihat kakak angkatku,kak yati(thanks kak!)dia mensihatkan aku supaya lebih berhati2 dalam pergaulan..aku akur....

cabaran ke dua adalah aku mula menjadi tarikan akhi2 yang konon nya nampak soleh..hmm..bermcm2 cara dilakukan sehingga ada yg meminta tlg mak cik guard supaya menyerahkan surat cinta..cokelat,brg2 laen semua tidak kusentuh..(rakan-rakan ku yang menikmati semuanya..thanks e2-10...huhuhu...)hati ku mula goyah apabila stiap kali berjalan akhi2 akan melirik ke arah ku...hampir saja aku berubah niat...

cabaran ke 3 adalah..sebenarnya pemakaian niqab di uia adalah dilarang sama sekali ......huhuhuhu

tapi we fight for it...dan alhamdulillah..kami di panggil oleh principal mahallah(madam isfadiah)thanks madam!!dia memberikan kelonggaran kpd kami ber4 yg memakai purdah...syukurrrrrrrrrr...tapi yang lucunya security guard akan spotcheck kami dahulu.huhuhu...tapi kami tak kisah........=)) hehehe...dan last kali kenangan semasa ditemuduga utk menjadi peers..aku dicemuh bermcm2 krn aku memakai niqab..allah..hancur hatiku..tapi alhamdulillah...aku diterima menjadi peers di uia,,,,,yessssssssssssssssss....thanks allah...

itulah serba sedikit kehidupan kami yg berpurdah......harus kuat iman dan kuat semangat utk fight all the the obstacles...yeah...aja2 fightingggggggggggggg..aku tahu ramai wanita yg ingin berpurdah dan ramai lelaki ingin memilki is3 yg memakai purdah ....semoga impian mu menjadi kenyataan..ingat sebaik2 wanita ada lah yang tidak dipandang dan tidak memandang...kecantikanku,,,hanyalah untukku bakal zauj ku..amiiin 

PUASKAH KAMU?

syg allah,kasih allah dan cinta allah adalah melebihi syg sesipa pun kepada kita,baik ibu,bapa mahupun kekasih yg mengucapkan 10 kali ungkapan syg kepada kita.allah menunjukkan kasih syg dengan pelbagai caranya.saat ini adakah anda dapat sayang merasa kasih itu....cuba anda tutup mata rasakan kasih syg itu...wujud atau tidak??.renungkan kembali nikmat yg anda dapat....anda sihat sekarang..anda dapat belajar di universiti..atau sekurang2nya anda dapat menyambung pelajaran walaupun di mana anda belajar...masihkan tidak cukup buktinya?..atau anda mersa terlalu takabbur itu hasil usaha anda sendiri...kemudian anda buka mata..lihat..sempurnya ciptaan allah kepada kita....namun kita masih mengeluh... tidak cukup dengan itu.......manusia..



anda cuba renungkan..berapa byk silap anda dengan allah hari ini..ye..bgn pagi....anda lewat menunaikan perintahnya...ye..subuh...kemudian anda keluar untuk ke kuliah..sempurnahkan pakain anda..jarang sana ,ketat sini..hmmmm..pagi yg cerah anda gelapkan dengan dosa..malam yg kelam anda tidak terangi dengan zikrullah..anda lalai....




Allah juga berfirman dalam surah Al-Qasas ayat 84 : "Barangsiapa datang dgn membawa kebaikan, maka dia akan mendapat pahala yang LEBIH BAIK drp kebaikannya itu; dan barangsiapa yg membawa kejahatan, maka orang2 yg telah mengerjakan kejahatan itu HANYA diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." 

nah..sekarang bandingkan cinta allah dengan cinta manusia..cinta manusia akan mudah terhakis dengan sedikit sahaja kesalahan yg kita lakukan ...tapi allah ..walaupun hari2 kita di penuhi dengan dosa maksiat..allah masih menerima kita...peluang menjadi kekasihnya terbuka luas...sahabat...allah mencintai kita tanpa syarat.tak mengira hensemkah anda,cantikah anda..allah tidak menyuruh kita membalas segala nikmatnya..cuma..bersyukurlah kita...balaslah cintanya dengan melakukan apa yang dia suka dan menjauhi apa yg dia larang..sahabat...sy ingin bertanya...sipakah orng yang paling anda syg sekarang...makwe ,pakwe,honey,b,ataupun papa mama...sy tak kisah.....cuma...sy ingin bertanya hebat sgt kah cinta mereka sampai anda melupakan kekasih teragung anda..sahabat....sy juga bukan sempurna..tapi sy hanya mengajak kita bermuhasabah bersama....


terfikirkah anda.....jika syg allah seperti manusia ...hari ini,,saat ini...apa yg akan terjadi pada anda........salam muhasabah

ego lelaki air mata wanita

Bagaimana sy boleh terfikir untuk menulis tajuk ini adalah apabila melihat begitu banyak contoh keegoan lelaki dalam hidup saya.Fitrah lelaki di lahirkan untuk menjadi kuat,berani dan tahan lasak,lalu perasaan juga menjadi keras dan sukar untuk di lembutkan.Tadi,baru saja pulang ke Nilai bersama abang saya.Keegoannya terserlah apabila sebuah kereta memotong keretanya,lalu dia memecut laju tanpa menghiraukan kenderaan lain demi untuk memotong kereta itu semula.Ya Allah.hampir tercabut jantung saya di buatnya...

Baru-baru ini saya berpeluang ke Majlis graduasi anak saudara yang kedua.Saya duduk di hadapan suami isteri.Si isteri bergitu rancak bercerita tetapi yang menyedihkan lelaki tersebut langsung tidak memberikan respons walaupun senyuman.Aneh sekali lelaki itu.Selama tiga jam bersama pasangan itu,saya melihat lelaki itu sangat dingin orangnya.

Lelaki juga sangat susah untuk mengaku salah nya.Bertuahlah bagi wanita yang berjaya mennundukkan keegoan lelaki.Berbeza dengan wanita,hatinya sangat sensitif dan ingin sentiasa di manjakan,justeru para suami harus memahami karakter isteri itu sendiri.Tidak ada salahnya sekali sekala mennundukkan keegoan itu dan ada tidak rugi sedikit pun.

Saya hanya ingin berkongsi pengalaman di sini,saya bertunang dengan seorang lelaki yang saya belum kenal karakter nya,selama 5 bulan berkenalan,baru saya memahaminya bahwa dia sangat ego dan saya sangat sensitif orangnya.Jadi karakter kami yang sangat berbeza menimbulkan banyak masalah dan kami hampir memutuskan pertunangan.Tetapi selepas memlalui satu diskusi yang panjang,Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Si dia sanggup menundukkan keegoannya demi sebuah ikatan yang sudah terjalin.




    Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda


Kesimpulannya saya ingin berpesan kepada bakal pengantin ataupun yang sudah lama mendirikan rumah tangga supaya bertolak ansur dan fahamilah asal fitrah pasangan anda.Saya doakan moga anda dapat mengambil iktibar dari cerita saya yang ringkas itu

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi