Bagaimana sy boleh terfikir untuk menulis tajuk ini adalah apabila melihat begitu banyak contoh keegoan lelaki dalam hidup saya.Fitrah lelaki di lahirkan untuk menjadi kuat,berani dan tahan lasak,lalu perasaan juga menjadi keras dan sukar untuk di lembutkan.Tadi,baru saja pulang ke Nilai bersama abang saya.Keegoannya terserlah apabila sebuah kereta memotong keretanya,lalu dia memecut laju tanpa menghiraukan kenderaan lain demi untuk memotong kereta itu semula.Ya Allah.hampir tercabut jantung saya di buatnya...
Baru-baru ini saya berpeluang ke Majlis graduasi anak saudara yang kedua.Saya duduk di hadapan suami isteri.Si isteri bergitu rancak bercerita tetapi yang menyedihkan lelaki tersebut langsung tidak memberikan respons walaupun senyuman.Aneh sekali lelaki itu.Selama tiga jam bersama pasangan itu,saya melihat lelaki itu sangat dingin orangnya.
Lelaki juga sangat susah untuk mengaku salah nya.Bertuahlah bagi wanita yang berjaya mennundukkan keegoan lelaki.Berbeza dengan wanita,hatinya sangat sensitif dan ingin sentiasa di manjakan,justeru para suami harus memahami karakter isteri itu sendiri.Tidak ada salahnya sekali sekala mennundukkan keegoan itu dan ada tidak rugi sedikit pun.
Saya hanya ingin berkongsi pengalaman di sini,saya bertunang dengan seorang lelaki yang saya belum kenal karakter nya,selama 5 bulan berkenalan,baru saya memahaminya bahwa dia sangat ego dan saya sangat sensitif orangnya.Jadi karakter kami yang sangat berbeza menimbulkan banyak masalah dan kami hampir memutuskan pertunangan.Tetapi selepas memlalui satu diskusi yang panjang,Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Si dia sanggup menundukkan keegoannya demi sebuah ikatan yang sudah terjalin.
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda
Kesimpulannya saya ingin berpesan kepada bakal pengantin ataupun yang sudah lama mendirikan rumah tangga supaya bertolak ansur dan fahamilah asal fitrah pasangan anda.Saya doakan moga anda dapat mengambil iktibar dari cerita saya yang ringkas itu
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment