Assalamualaikum..
Hari ini langit mendung..semendung hati ku.. Ya Allah...kuatkan lah hati hamba mu ini...
Berada di UIA pada tanggapan orang adalah satu syurga untuk orang yang cintakan agama.Pertama kali menjejakkan kaki ke Uia NILAI,perasaan ini meleset sama sekali.Suasana islamik maahad muhammadi yang menjadi tempat aku belajar mengenal islam sudah tiada.
Apatah lagi apabila sebilik dengan orang yang kurang ilmu agama.Pada mulanya aku cuba mendekatkan diri dengan mereka.Namun lama kelamaan aku yang semakin hantut di bawa aku yang menarik malah aku yang tertarIk ..Astagfirullah...
Suasana dalam bilik hanya di penuhi dengan lagu-lagu yang melalaikan.Hati ini bimbang takut makin terpengaruh.Jadi aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari mereka.Pernah juga aku cuba mengur salah seirang rakan yang pada ku agak baik,tentang pakaianya.Tapi yang menghancurkan hati ku apabila dia menjawab:''i deserve to choose what i want to wear''.Ya allah..rasa hati ini bagaikan pecah sekali apabila rakan ku berkata begitu.
Aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari mereka bukan kerana aku aku tidak ingin berkawan dengan mereka.Tapi aku tidak mahu hati ku pecah lagi dan aku tidak mampu untuk belajar.Saat ini pun aku berasa sedih itu masih lagi menyiat kalbu ku..
Wallahua'lam
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment