Perkara biasa apabila di universiti remaja harus@wajib menpunyai kekasih atau pacar.Ada seorang sahabat ana mengatakan bahawa jika kita tidak menpunyai couple di UITM,perkara itu ibarat satu kepelikan atau pun satu keaiban yang sangat.Masya allah,begitulah apabila dosa sudah di amal kan maka,benda yang kekok pun akan jadi biasa.Mengapa begitu?Apabila hati sudah terhijab dan rasa malu yang menajdi paling ampuh sudah tiada jadi apa lagi yang boleh menjadi pendinding kepada maksiat yang berterusan itu.
Mungkin ramai yang sudah bosan apabila tajuk seperti ini di utarakan,namun harus ana ingatkan,hati manusia harus sentiasa di basuh agar tidak ternoda dek titik-titik hitam.
analogi hati kita saya dapat simpulan seperti kulit muka kita.Ketika kita di lahirkan kulit muka kta sangat bersih dan tiada noda namum apabila meningkat dewasa,sudah banyak noda-noda hitam yang mula bertapak di muka kita dan untuk membersihkannya anda sanggup menggunakan produk kecantikan yang mahal-mahal,begitu juga hati,apabila sudah meningkat dewasa terlalu banyak unsur asing yang mula bertapak dan akhirnya merosakkan hati kita.
Jadi penyelesainnya adalah melalui rawatan yang berkala dan di bersihkan setiap hari,supaya hati kita juga bersih.Apabila hati bersih,kita tidak lagi terhijab dengan nur-NYA...
Mungkin ramai remaja yang kata,saya couple pun saya tak tinggal solat,saya couple pun saya selalu je tahajjud,saya couple pun saya selalu je puasa sunat.Ibarat nya seperti ini ..apabila anda bekerja nanti,bos anda tentu anda akan ikut kan?jadi anda buat semua yang dia suruh,overtime pun anda buat,pergi mesyuarat anda pergi,kena tidur kat pejabat pun anda sanggup,tapi dalam masa yang sama anda buat apa yang dia tidak suka.Contoh bos anda tidak suka anda datang kerja lewat,bergayut menggunakan telefon pejabat dan sbgnya,begitu juga dengan allah.Anda sembah dia,anda taat dia,tapi dalam masa yang sama anda buat apa yang dia tidak suka?bukan kah itu akan mengundang kemarahannya..Lama-lama tentu anda akan di buang dari kerja.betul?
Jadi fikir-fikir lah.Insya allah saya akan menyambung lagi topik ini di lain masa.
saya tinggalkan anda dengan sepotong nasihat untuk hati yang sudah tercalar:
Manshur bin ammar berkata seorang pemuda:Janganlah kepemudaan mu membujukkmu.Ramai sekali pemuda yang mengundurkan taubat,memperpanjangkan angan-angan dan tidak ingat akan kematian.''Dia berkata:aku akan bertaubat esok pagi.''Lalu datanglah malaikat maut padanya,sedangkan di belum bertaubat
wallahu'lam
No comments:
Post a Comment