topbella

Wednesday, December 22, 2010

Barokah Sang Ibu.

Ku tuliskan tinta ini dengan penuh rasa kerinduan dan air mata yang mengalir di dalam hati ku,untuk ibu yang tersayang.Walaupun kepala terasa agak berat di tambah rasa loya yang menganggu tekak,ku gagahkan tangan untuk menari dia atas keyboard laptop pemberian bonda tersayang.


Ingin ku katakan bahawa aku sangat rindu pada ibu yang melahirkan ku,yang sentiasa membelaiku setiap malam,yang mengusap air mata ku ketika aku bersedih dan yang sentiasa menjadi rakan karibku untuk berkongsi  rasa yang bergejolak di hati ku.Biasa lah anak remaja,sentiasa ada saja yang menganggu hati yang lembut ini.Mujurlah ada sang ibu yang sentiasa ingin menjengah ke dalam hati kecil ini,dan memahami aku.


Jujur,dulu aku bukan lah seorang anak yang taat kepada ibu.sepatah ibu menegur,sepuluh akan menjawab dengan jelingan.Aku langsung tidak menghiraukan air mata ibu yang mengalir kerana kedegilan ku mengikut nafsu remaja.Hati ini langsung tidak tersentuh apabila ibu mendoakan kejayaan ku dan keselamatan ku lewat tahajjud nya.Astagfirullah...Mujurlah allah mengirimkan aku seorang hamba allah untuk membantu aku lebih menyanyangi ibu ku.


Alhamdulillah...all praise to allah.Apabila sudah berada di bumi Uia ini hubungan ku dengan ibu bertambah rapat.Setiap hari ada saja cerita yang akan ku ceritakan pada ibu,soal hati,tentang pensyarah yang banyak kerenah,tentang rakan-rakan dan sebagainya.Syukur..


Baru-baru ini aku baru menghabiskan ujian mid-term untuk semester 2.Sungguh aku mengalami tekanan yang amat hebat kerana soalan yang agak susah menyebabkan air mata ni hampir saja mengalir.Jangkaan ku aku akan failed dalam ujian itu.Namun dengan barokah doa ibu yang tidak-tidak putus mendoakan aku,mendapat keputusan yang agak cemerlang.Subhanallah............


Kebiasaanya,jika aku menduduki exam,ibu akan membaca quran ssewaktu aku dalam dewan peperiksaan agar allah memberi ilham yang terbaik,walaupun ada soalan yang aku memang blur.Itu lah berkat doa ibu.Sekarang aku menpunyai dua ibu.Rasa bahagia itu tidak terkata kerana allah mengurniakan ibu-ibu yang terbaik di atas bumi ini kepada ku.


                                            ~ TERIMA KASIH IBU -IBU KU~

No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi