topbella

Wednesday, December 22, 2010

Wahai murobbi Ku

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbanganHakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang EsaTangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasihPada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan juaBahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semestaWalaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya RasulallahKau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu




















Ketika mendengar lagu pemergian mu yang di nyanyikan oleh in-team,air mata ini mengalir bercucuran.Rindu akan rasulullah.Benarkah aku sayangkan rasululullah?Atau sekadar kata-kata dari mulut yang pandai berdusta ini....allah..


Kata pensyarahku,jika kita sayangkan diri kita,rasulullah lebih menyayangi kita lebih dari kita meyayangi diri kita.Hebat bukan???Namun sejauh mana kita menyangi rasulullah.Mulut yang pandai berdusta laju saja mengucapkan sayang kepada rasulullah,namun sejauh mana kita membuktikan kasih sayang itu.cukupkah dengan  janji yg di ucapkan oleh lidah yang tidak bertulang ini?Jika kita benar-benar menyayangi nya mari kita kaji apa yang rasulullah ajarkan kepada kita.Mari kirta beramal mulai hari ini.MARI

 Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.



Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.

Baginda bersabda; "Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…".

Sememangnya engkau Ya Rasulullah s.a.w. seorang pendidik. Engkau mendidik kami –umatmu- agar selamat dan tidak musnah. Malah engkau menghendaki agar kami dihapuskan dosa dan diangkat darjat oleh Allah. Selamat dan sejahtera dari Allah untuk engkau, wahai Nabiyallah. Allahumma Shalli Wa Sallim ‘Ala Muhammadin Wa Ali Muhammadin.

Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…".

Sifat bakhil memang telah sedia ada dalam diri manusia. Semua kita memiliki sifat bakhil. Kerana itu kita sayangkan harta-benda kita dan kita tidak suka hak kita diganggu. Tidak ada salahnya pada semata-mata sifat bakhil. Yang salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, iaitu kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga kita enggan mengeluarkan zakat, apatahlahi untuk bersedekah. Jika itu yang menjadi sikap kita, maka kemusnahan sedang menunggu kita.

Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan sebagainya. Tanpa nafsu, manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tidak akan beranak-pinak. Kehidupan manusia berbeza dengan malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu, sekali lagi tidak ada salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan. Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah; segala yang ia lakukan dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya ialah adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini mengikut kata Nabi dalam hadis tadi ia akan musnah.

Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah untuk sujud –menghormati- Adam, ia berkata kepada Allah; "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah al-A'raf, ayat 12). Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kepada kaumnya –sebagaimana direkodkan oleh al-Quran-; "Akulah Tuhan kamu yang tertinggi" (Surah an-Nazi'at, ayat 24). Qarun pula takjub dengan kekayaannya. Ia berkata; "Aku diberikan harta kekayaan ini kerana ilmu dan kepandaian yang ada padaku" (Surah al-Qasas, ayat 78). Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan menjadi makhluk pertama jatuh ke dalam neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya yang besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah; "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia menemui sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan tidak pula dia tidak dapat menolong dirinya sendiri" (Surah al-Qasas, ayat 81). Begitulah pengakhiran golongan yang takjub dengan diri sendiri.

Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…".

Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah menjadi pemboros. Begitu juga, ramai orang yang mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kepada seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang tidak disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yang selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dengan perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata; "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada"




Ambillah iktibar dari tulisan ini.wallau'alam

No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi