topbella

Monday, December 20, 2010

tutup itu tertutup?

bersekolah di sekolah agama tidak menjadikan aku begitu gemar berfesyen...fesyen yang menjadi pilihan untuk ke mana-mana adalah tudung litup dengan baju kurung...kata orang we look older dengan pakaian macam tu...huhu..tak mengapalah...orang nak panggil mak cik ke,kakak ke ..yang penting kita tidak melakukan perkara yang menyebabkan allah tidak redha...

hari demi hari makin dewasa...sehinggalah meningkat dewasa..melihat kawan2 berfesyen dan trnsformasi tudung...dari tudung bawal,tudung arini,tudung siti dan sekarang time selendang mengganas..tapi aku tetap aku..tetap fesyen yang sama

pernah juga mengadu dengan mak..ingin juga rasanya untuk berfesyen..kata mak..adik..walau app yang terjadi,walau di mana kita berada...adik kena ada jati diri....aku terdiam..memerhati tudung bulat 

semalam aku menghadiri kuliah fim....dan salah satu tajuk yang di bincangkan...women and liberation

tajuk yang sudah lama dibincangkan di negara-negara bukan islam...kata lecturer ku...wanita menganggap tudung ini adalah satu shield atau pun lapisan yang boleh menghalang orang  dari menyaksikan kecantikan mereka
jadi itukah kebebasan sebenar yang di ingin kan oleh wanita di malaysia???????????????

jadi berbalik pula pada wanita yang tidak ingin menutupa aurat mereka sebenarnya mereka ingin menarik lelaki supaya memandang apa yang mereka miliki....tapi cuba fikirkan lelaki yang akan terangsang pada mereka adalah lelaki yang menpunyai fikiran kotor dan juga kurang baik untuk di jadikan teman hidup..

fenomena gadi s malaysia sekarang pula mereka bertudung tapi cuba menyesuaikan dengan kehendak fesyen,bertudung tapi diikat seprti bonggol,bertudung tapi nipis,bertudung tapi baju mereka ketat(itu fenomena biasa)

saya ingin berpesan pada wanita sekali pun mereka bertudung tapi tidak menutup bahagian sensitif seprti(punggung,dada,)lelaki akan juga terangsang..percaya lah...tentu saja lelaki tidak akan memberitahu kita saat dia terangsang..tapi kita sebagai wanita harusla alert dengan semua ini...

kata pensyarah saya orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna ibarat meletak diamond dalam bekas lutsinar atau pun lutcahaya yang lambat laun diamond itu pasti akan dicuri...sayangilah diamond anda kerana ia amat berharga

wallahu'lam

No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi