topbella

Thursday, March 10, 2011

Jihad cinta -ku

Rintik-rintik hujan membasahi bumi tandus Universiti Islam Antarabangsa.Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi .Selawat penenang diri mengejutkan Azri dari lenya nya.Assingment Usul Fiqh memaksa dia untuk bersengkang mata dan juga kuiz Usul Fiqh minggu depan memaksa dia tidur lewat malam..Aduh..baru terasa seminit dua matanya direhatkan.Namun dia harus bangkit dari tilam birunya itu untuk menunaikan kan tanggungjawab nya sekaligus menguatkan tekad hatinya DALAM MENJALANI TUGAS SEBAGAI KHALIFAH DAN JUGA HAMBANYA.



Selesai tanggungjawanya dia pun memulakan tugas kedua nya iaitu memasak sosej untuk di jual kepada pelajar-pelajar di asrama.Rasa malu yang bertapak dulu mulai hilang keana dia harus berjihad untuk cinta hati nya!Bukan senang dia ingin menakluk cinta hati nya itu secara halal.Ada jihad yang perlu di lunaskan.Harga sebuah cinta untuk cinta hati nya bukan murah.Dia ingin menakluk gadis itu pada tahun tiga pengajian nya.Ini bermakna dua tahun dai sekarang dia harus menyediakan kereta,dan juga segala kelengkapan untuk cinta hati nya..

Dikala sahabat lain lena di buai mimpi di sudah siap siaga menyediakan sosej untuk direbus,dan oti juga di potong untuk di masukkan sosej ke dalamnya.Menjelang subuh selesailah tugasnya.Setelah menunaikan solat subuh,dia mengambil quran pemberian ibu nya untuk di baca dan di ulang hafalannya.Tekadnya ,30 juzuk sebagai hadiah untuk cinta hatinya.Pagi itu dimulakan dengan hafalan surah annur dan juga matsurat sebagai pendinding diri nya yang lemah.Selesai semua tugasnya,Azri mengangkat bakul jualannya.Beg sandang yang berisi buku-buku dan nOta di sangkut ke belakang.Songok putihnya di letakkan ke kepala.Dia memandang ke luar jendela,hujan masih lagi rintik-rintik.Rasa sejuk mencengkam di tulang sum-sum nya.Tetapi dia harus menguatkan tekadnya.Rasa malas tidak boleh menjadi penghalang.
Jika tidak dia tidak akan mendapat hasil jualan hari ini.Bagaimana dia ingin mencukup kan wang untuk menakluk cinta hati nya.



Seorang gadis itu ... 

yang lembut fitrah tercipta, 
halus kulit, manis tuturnya, 
lentur hati... 
telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa 
di matanya cahaya, dalamnya ada air, 
sehangat cinta, 
sejernih suka, 
sedalam duka, ceritera hidupnya... 

Cinta hati nya itu sungguh istimewa,berniqab,bertudung labuh dan juga pemalu cukup memuatkan diri nya kuat untuk memiliki gadis hati itu.Niqab gadis nya itu penguat diri nya.Entah mengapa.Dia tidak tenang jika dia mengetahui cinta hti nya itu keluar rumah tanpa niqab.Dia bimbang ada yang menyakiti cinta hati nya,dia bimbang jika ada mata-mata nakal memandang cinta hati nya.Dia bimbang.............



Pertama kali dia berjumpa cinta hati nya itu di hadapan ibu dan ayah nya.Bukan dekat rumah nya.Dia nun di utara,sedang Azri di selatan.Azri hanya mengenali gadis itu melalui teman-temannya.Dia tidak mengenali gadis itu,hanya cerita dari rakan-rakan nya yang membuatkan dia terpikat untuk mengenali gadis itu.Gadis itu belajar di Universiti Sains Islam Malaysia.Ramai rakan-rakan nya yang juga berminat mengenali gadis itu dengan menjadi kenalannya di  facebook.Azri juga menjadi kenalannya di facebook.Dia cuba untuk dekat dengan gadis itu,namun dia amat dingin dengannya.Aneh,dengan lelaki lain dia layan pula.Azri tidak berpuas hati.Sampai satu tahap dia menggunakan cara drastik dengan meminta alamat perempuan itu.Tekad nya untuk bertemu sendiri dengan pemilik gadis itu.Ibu dan bapa nya.Tiada cara lain jika dia ingin menakluk gadis itu.

Rasa nya baru semalam dia pergi ke rumah ibu dan bapa gadis itu.Dia memberanikan diri pergi dengan di temani ustaz Rahim.Dia berterus terang dengan kedua ibu bapa nya untuk memiliki gadis itu.Dengan tenang ibu dan bapa gadis itu memberi kata putus supaya dia belajar dahulu dan dalam masa yang sama dia harus mengumpul wang untuk walimah sebanyak RM5000.Pertama kali dia mendengar arahan itu dia berasa cukup lemah.Dia masih belajar,bagaimana dia harus mengumpul wang itu.Kemudia dia mendapat idea untuk menjua sosej  untuk mencari wang tambahan supaya dia cepat-cepat dapat menakuk gadis.Penat..Tiada istilah penat sejak dia mengenali cinta hati nya itu.Dia teringin untuk mendidik gadis itu supaya menjadi sehebat serikandi dahulu.


namun manjanya bukan untuk semua, 
bukan lemah, atau kelemahan dunia... 
ia bisa kuat, 
bisa jadi tabah, 
bisa ampuh menyokong, 
pahlawan-pahlawan dunia ...

Itu kisah nya setahun yang lepas bagaimana dia mampu untuk berjuang dalam hidup nya demi jihadnya pada gadis itu.Dia sudah bertekad untuk mendidik gadis itu dengan cara byang halal.Dia tidak akan mempersia-siakan kesolehan gadis itu.Dia juga mahu menjaga gadis itu dari lelaki-lelaki lain yang tidak layak untuk nya.

Seingkali Azri cemburu dengan bakal isterinya apabila melihat di wall facebook nya yang sarat dengan pujian dari lelaki-elaki.Gadis itu juga sering menyakiti hati nya,namun dia harus tabah untuk mendidik gadis itu.Dia yakin gadis itu adalah gadis solehah,cuma dia hanya tercemar dengan daki dunia ini.Seingkali jika dia rindu pada gadis itu ibu nya menjadi tempat dia bebual dan mencurah isi hati nya mengenai gadis itu.Tetapi insya allah dia pasti akan menakuk gadis itu dua tahun lagi.Dia yakin allah akan membantu jihad nya itu!






untukmu ratuku... 
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin 
kuluahkan 
Tentang kebimbanganku ini 
Taktala melihat bunga-bunga berguguran 
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu 
serakah 

Ratuku, 
Kebimbanganku ini kian menebal 
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak 
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu 

Ratuku, 
Kebimbanganku bertambah lagi 
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu 
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang 
mekar 
Melupakan kuntuman yang sebelum ini 
melindunginya 

Ratuku, 
Aku masih terpinga-pinga 
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu 
Kerana apa yang ku lihat hari ini 
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur 
bagaikan tibanya musim luruh 

Ratuku, 
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar 
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah 
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah 
Menanti kekasihnya di pintu syurga 

Ratuku, 
Akuilah hakikat yang tersurat 
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti 
Fatimah 
Engkau bukan Asiyah bukan juga Rabiatul 
Adawiyah 
Wanita suci lagi terpuji 
Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa 
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- 
bunga itu mekar mewangi 
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga 

Jangan kau risau ratuku, 
Kadangkala musim berganti 
Sehingga kau tak dapat kembang mekar 
Tapi itu hanya ujian buatmu 
Esok musim bunga pasti akan tiba 
Dan kau mampu berkembang lagi 
Cuma yang ku harapkan ketika itu 
Kau jagalah kelopakmu itu 
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu 
lagi 
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap 
madumu 
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu 
Kerana kau ratu idaman kalbu 

Ratuku, 
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu 
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya 
Bukan itu yang ku harapkan 
Aku yakin ratuku 
Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku 
tersenyum lega 
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar 
Ratu idaman kalbu 


P/S SAJAK INI DIA AMBIL DARI


Cerota ini hanyalah mengaut dan mengaban kerana saya bosan!!hehehe...komen la :D




Saturday, March 5, 2011

manusia jahil

Manusia hari ini suka bersangka-sangka 
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak 
Orang yang relax disangka malas 
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap 
Orang yang makan sikit disangka diet 
Orang yang baik disangka buruk 
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek 
Orang yang masam disangka merajuk 
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang yang diam disangka menyendiri 

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk 
Orang yang nampak ceria disangka membela 

Mana kita tahu ... 
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ... 
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ... 
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ... 
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 

Mana kita tahu ... 
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya 




http://cerpenwardah.blogdrive.com/

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi