topbella

Friday, May 20, 2011

Engkau Kemuliaanku

Paluan kompang menandakan pengantin lelaki sudah tiba.Orang ramai sudah ramai datang berduyun-duyun memenuhi rumah Miah.

Sementara itu,di dalam bilik,Miah mengenakan niqabnya yang di tempah khas dari butik kakak angkatnya,BUTIK Marina.Dia memang memasang niat agar kak Marina yang menyiapkan baju pengantin nya.Setelah mengenakan niqab,dia bangun untuk membetul-betulkan tudung dan bajunya.Baju jubah yang berwarna silver itu cukup kena dengan diri nya.Dia tersenyum di balik niqabnya.Siapa sangka ini lah hari nya..

Zawani yang sibuk mengatur hantaran dan juga melekatkan reben ke atas kotak hantaran hanya tersenyum senyum.Miah memandangnya dengan pandangan yang aneh.

''Wani,kau ni kenapa,tersenyum-senyum macam kerang busuk''. Miah mencebik di sebalik niqabnya.

Wani cepat menangkap reaksi Miah melalui matanya hanya tergelak kecil.
 ''Aku bukan apa,cuma teringat kisah kau dengan cik zauj kau tu.Sampai jugak korang berdua ni ke jinjang katil ini hah.Orang lain sampai ke jinjang pelamin.Kau ada katil ni jela''.hehehe.Zawani meneruskan ketawanya yang bersisa.

''Wani kau perli aku ye,aku tahulah ...aku ini...''...

Wani menjadi seba salah,niat di hati nya hanya ingin mengusik Miah,tidak disangka pula dia boleh terusik dengan usikannya.Zawani meneruskan kerja menyusun hantarannnya.Takut ada yang menangis nanti
                                                                                      *********

Suasana di Sekolah Menengah Agama Slim Liver cukup damai pagi itu.Ustaz Irfan sedang menelaah bkuu teks nahu soraf di kelas 5 Aisyah.Suasana di dalam bilik darjah itu masih lagi sunyi.Kebanyakan pelajar 5 Aisyah masih lagi berada di kantin.Seperti biasa Ustaz Irfan akan datang ke kelas 15 minit lebih awal untuk mengajar.Dia memang seorang guru yang berdedikasi.Dia amat mementingkan masa.Bimbang dia akan di soal pada hari akhirat nanti jika dia tidak menjaga masa mengajar nya.Tidak ramai guru yang menpunyai fikiran sepertinya.Ustaz Irfan graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bahasa Arab itu memang cukup di segani.Kadang-kadang dia terkenal dengan ketegasan nya dalam mengajar namun dia memiliki hati yang cukup baik.

Miah terhendap-hendap di balik tingkap 5 Aisyah.Dia berkira-kira untuk masuk.Namun kaki nya terasa agak berat.Ustaz Irfan yang perasan dengan kehadirannya memanggil Miah utuk masuk.
Miah melangkah perlahan-lahan.Plastik yang berisi karipap dan kuih lapis kegemarannya di pulas-pulas.
''Ada apa-apa masalah ke Damia Hannna''? Tanya Ustaz Irfan.Suaranya sedikit keras.

Miah menjawab dengan suara yang sedikit bergetar.''Tak ada apa-apa ustaz,saya cuma,cuma nak bagi sesuatu kepada ustaz''.

Miah mengeluarkan sampul surat berwarna pink dan bercorak pink dari poket baju kurung nya.Ustaz Irfan hanya memandang dengan terkebil-kebil.Selepas meletakkan sampu surat itu  di atas meja,Miah berlari keluar.Lagaknya seperti orang bersalah.Ustaz Irfan hanya menggeleng-geleng melihat gelagat Miah.Surat di atas meja itu di ambil.Seakan sudah dapat di baca isi surat itu.Ustaz Irfan hanya mengambi surat itu dan di simpan di celah buku nya.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.Pelajar 5 Aisyah masuk dengan riuh rendah.Sebaik ternampak muka serius Ustaz Irfan semua terdiam.Miah masuk dengan langkah yang perlahan.Dia hanya menelan air liur.Tekak nya terasa kesat melihat muka serius Ustaz Irfan.Dalam hati nya tertanya-tanya adakah Ustaz Irfan membaca  isi kandungan suratnya.Kenapa tiada sebarang reaksi dari Ustaz Irfan.Muka nya yang serius tiada riak-riak perubahan.Miah menyiku Zawani.Zawani hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Ada rasa bersalah dalam diri Miah.Zawani ada memberitahu nya agar jangan bermain cinta dengan ustaz muda itu.Namun,seperti biasa Miah seorang yang keras kepala.Putih yang di cakap,putih jugak yang akan di buat.Miah menarik nafas panjang.Pengajaran Ustaz Irfan tidak menarik perhatiannya.

Sekian lama dia mennunggu balasan surat dari Ustaz Irfan.Seminggu,dua minggu sehingga hampir dengan peperiksaan SPM,dia masih belum menerima sebarang balasan dari ustaz Irfan.Kini dia pasrah,hasrat hati nya sudah di tolak mentah-mentah oleh ustaz Irfan.Dia redha.Dia bukan lah secantik orang lain.Kulit nya tidak seputih kapas.Dia bukan kategori gadis yang berdahi licin.Dia redha.Diam-diam dalam hati nya menanam tekad untuk tidak lagi jatuh cinta.Dia serahkan hatinya kepada ALLAH S..W.T.Dia lah sebaik-baik perancang.

***********************************************

Keputusan SPM sudah di umumkan.Damia mendapat keputusan yang agak baik.Damia dapat melanjutkan pelajarannya ke Univeristi Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.Sementara Zawani pula memilih untuk menyambung dalam bidang Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa.Damia juga mendapat tawaran ke UIA,namun hanya beberpa bulan sahaja dia di sana.Dia tidak dapat melupakan sejarah yang pernah berlaku di bumi Malaysia.Dia tidak mahu lagi mengingati perbuatan bodoh nya.Biar lah ustaz Irfan menjadi sejarah hidupnya.Sebelum dia berangkat ke bumi mesir,dia melakukan sedikit perubahan pada diri nya.Dia memakai niqab.Bagi nya,dia hanya ingin menumpukan kepada pelajarannya.Mungin niqab itu mampu menjadi pendinding yang ampuh untuk nya dari mata-mata lelaki.

*****************

Seminggu sebelum hari keberangkatanya.Keluarganya membuat kenduri kesyukran sempena kejayaanya.Ramai juga yang datang.Kebanyakkannya adalah saudara mara Miah,dan juga sahabat-sahabat ibunya.Selepas kenduri itu ibu nya memanggil nya ke dala bilik.

''Miah,esok Miah dah nak berangkat,ini mk ada nak bagi sesuatu.Ini cincin emas.Damia simpan elok-elok.Jangan buang ya nak''.

Mata Miah berkaca-kaca.Dia memeluk emak nya.Cincin itu di kucup perlahan.Badan ibu nya di rangkul perlahan.Tanda kasih seorang anak.
Miah hanya menganggu kangguk dalam esak tangisnya

***********************************
Dua tahun berada di bumi mesir mengajar Damia untuk menjadi insan yang sangakt kuat.Dia terlibat aktif dalam setiap anggota dakwah.Bukan sedikit ikhwah yang megejar-gejarnya.Namun dia menipu bahawa dia sudah di tunangkan.Seringkali cincin emaknya menjadi penyelamat.

Tahun terakhir dia berada di Mesir cukup genting,ada seorang ustaz yang igin mengkhitbah nya untuk anak nya.Pening kepalanya untuk menolak.Lantas dia menalefon emaknya untuk meminta izin untuk menikah.Biar..dia rela jika ini jodohnya.Cerita yang lama ingin dilupakan.

Tetapi emaknya menahan diri nya dari menikah dam menerima lamaran dari ustaz Arab itu.Dia tidak sampai hati untuk menolak.Dia bertanya sebab penolakan emaknya,ada rasa tidak puas hati.Kata emak nya,setelah dia baik ke tanah air,emak nya akan menceritakan segalanya.Damia semakin pelik dengan misteri ini.

1/1/11 dia pulang ke tanah air di sambut oleh keluarganya.Setibanya dia rumah dia terus bertanya tentang sebab penolakan ibunya terhadap anak ustaz Arab itu.Emak nya dengan perlahan-lahan menceritakan bahawa.Sebulan selepas dia tamat SPM,ustaz Irfan datang untuk mengkihitbah nya dan memberikan cincin yang di pakai oleh Miah sebagai tanda.Miah terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa.''Emak memberi syarat kepada Ustaz Irfan supaya menunggu 4 tahun''.Katanya dia sanggup.''Maafkan emak kerana idak memberitahu hak ini.Kami bersepakat untuk menjaga hati Damia''.Hati Miah tidak mampu untuk berkata lagi.Dia hanya terdiam seribu bahasa.Sukar untuk menggambarkan perasaanya.Sedih,gembira atau benci.

*********************************

''Miah sudah-sudah lah tu mengelamun.Ni cik abang dah sampai jom lah keluar''.Bising kakak angkat nya mengomel.Miah keluar untuk menyambut Ustaz Irfan.Dia masih lagi kau apabila di suruh memegang tangan ustaz nya itu semasa sesi penggambaran.Hasilnya semua gambar nya nampak keras.

Selesai kenduri kedua pasangan pengantin itu disuruh berehat.Miah jadi kekok untuk berduaan dengan ustaz Irfan.Rasa malu masih menebal.Dia mencari alasan untuk keluar tetapi ustaz IrfaN cepat-cepat mengunci pintu.Dia mengetap bibir perlahan.Dia rasa ingin menangis.Dia terasa Ustaz Irfan begitu asing dengannya.Dia duduk di atas meja solek sambil membetul-betulkan bajunya.

Dia berdehem seketika,dia kemudia mengumpul semangat untuk bertanya satu soalan penting kepada ustaz nya.
'' Ustaz,kenapa Ustaz buat Miah macam ini''.tanya Miah dengan perlahan.

Ustaz Irfan tersenyum dan duduk tepi Miah.Tangannya megusap lembut kepalanya.

''Sayang,abang tak bermaksud untuk mendiamkan perkara ini sekian lama.Sebenarnya abang faham isi hati Miah masa itu.Abang mengambil masa untuk melakukan isthikarah,dan alhamduliillah allah tunjjukkan sayang lah orang nya.Selepas itu abang pergi jumpa emak,dan emak kata bertunang dulu sebab Miah nak sambung belajar.Sayang tahu tak,abang sabar menunggu sayang.Lagipun dalam temph itu abang sambung master abang di UIA.Dekat sana abng jumpa Wani,dia lah yang banyak memberitahu tentang keadaan sayang''.Ustaz Irfan bebiacara lembut.

''Sayang adalah kemuliaan abg tau,Mia anggaplah abang yang jatuh hati dengan sayang dulu.Sayang maafkan abang ye''.

''Satu lagi allah nak bagi sayang besar dulu,supaya tak jadi ibu yang manja..hhehehe..sayang senyum lah..

Miah hanya mampu menitiskan air mata.Malam itu dia tahu ALLAH sangat menyayanginya.
Adalah Engkau dia yang kurindu
Tuk menjadi bunga dihatiku
Menjadi peneduh kalbu
Diperjalananku
Tibalah waktu yang telah kurindu
Tuk selalu bersama denganmu
Tlah terbuka pintu itu
Akad tlah terucap sudah 
Dinda marilah melangkah

Dinda temanilah aku di setiap detikku
Dengan doamu
Bila terpisahkan waktu 
Tetaplah di sini di dalam hatiku

hati pink-miss farhan el-pinkyyy..hehehe..enjoy..

Thursday, May 19, 2011

Sayap kasih Saif

Cinta sejati tidak perlu di cari
Walau seribu tahun kita mencari
Cinta sejati akan datang sendiri
Walau sekejap kita menanti.
Sayap kasih

~Apabila engkau menjadi sayapku,pasti ku mampu terbang bebas ~

’Awak rasa awak adil ke buat macam ni dekat saya.Awak tahu  tak  yang saya dah beritahu semua mara saya pasal kita.Dulu awak cakap awak nak nikah dengan saya.Saya tak kisah nikah gantung sekali pun.Apa semua ni’’.Suara Najwa memenuhi ruang makan di blok B.
Saif hanya diam membatukan diri.Dia tahu yangd ia tidak akan menang jika berdebat dengan Najwa ,juara bahas di Universiti Kebangsaan Malaysia itu.Setiap tahun dia akan merangkul hadiah sebagai pendebat terbaik.Suaranya yang lantang.Wajah nya yang penuh keyakinan membuatkan tiada siapa boleh menafikan kejuaraanya

Saif bukan sengaja untuk membatalkan pernikahan ini,tetapi dia ada satu masalah besar yang disimpan.Untuk diluahkan dia bukan seorang yg suka mendapat simpati.Masalah ini telah memaksanya untuk membatalkan perjanjiannya untuk menikah dengan Najwa.Dia bukan tidak simpati pada Najwa,namun dia lebih simpati padanya sekiranya pernikahan itu diteruskan.Akhirnya Saif bersuara juga.’’Najwa,Saif ada sebab mengapa Saif batalkan pernikahan kita.Ini untuk kebaikan Najwa juga’’.Saif bersuara lemah.Tidak mampu untuk memandang sepasang mata yang sudah mulai berkaca itu,Saif hanya tunduk memandang lantai yang baru sahaja di mop.Hujung kaki nya di kuis-kuis pada lantai.Seketika dia bernafas perlahan-lahan mencari kekuatan untuk menyambung kembali perbicaraanya.

’’Najwa,saya lepaskan awak supaya awak tak perlu tunggu saya,jika kita ada jodoh Allah akan menemukan kita kembali.Saya terpaksa pergi dulu.Kalau awak ada apa-apa masalah awak masih boleh hubungi saya.Saya pergi dulu’’.Saif melangkah laju.ia tidak sanggup untuk melihat air mata Najwa jatuh untuk kesekian kali.

‘’ Mak cik tak kisah Saif,asalkan kamu boleh jaga Najwa.Kamu berdua pun bukannya budak kecil.Dah tahu 
berfikir yang mana baik,yang mana buruk.Cuma mak cik harapkan jangan jadikan pernikahan ini satu halangan untuk Najwa belajar’’.Masih segar kata-kata Mak cik Timah di telinga Saif.
Itu dua tahun dahulu.Ketka dia melamar Najwa di hadapan Mak cik Timah.Ketika itu semangat nya berkobar-kobar untuk menyunting bunga di taman Mak cik Timah untuk di jadikan sayap kasihnya.Namun kini itu semua tinggal kenangan.Hampir setahun dia memutuskan ikatan pertunangan mereka.Semua nya tanpa kerelaan.Dia ada sebab nya.Hanya dia yang tahu.Menyorot kembali hidupnya dahulu…perit,Saif merupakan anak yatim.Dia tinggal di Darul Aitam semenjak kematian bapanya yang mata akibat dilanggat lori.Kisah nya tragis.Ibu nya mula menyalahkan Saif atas segala yang terjadi sehingga Saif digelar pembunuh ayahnya.Ini semua gara-gara ayah nya dilanggar ketika mahu membeli burger untuknya di hadapan sekolahnya,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail.

Sejak kematian ayah nya.Ibunya menjadi sasau.Makan minum nya tidak terurus.Ibunya hanya menangis siang dan malas.Kebetulan,ketika itu ibunya baru saja keguguran ditambah pula dengan pemergian suami tercinta.Saif yg baru saja berusia 9 tahun ketika itu di hantar ke Darul Aitam.Saif merupakan budak yg sangat baik.Dia tidak pernah menyusahkan sesiapa.Dia hidup di atas kaki sendiri.Setahun selepas itu Saif mendapat tahu bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya.Hancur luluh hatinya apabila semuanya pergi meninggalkannya.Ayah yang selama ini menjaga nya.Ibunya yang selama ini mngucup dahinya.Pergi  lah ayah dan ibu.Tinggalah Saif di sini.

Ayah ibu,Saif rindu ..Saif nak keluarga kita yang dahulu.Begitulah setiap malam Saif merintih.Jiwa nya kosong.Hatinya sakit menahan rindu.Semasa pengebumian ibunya Saif tidak mahu pulang.Dia takut tidak dapat menahan kesedihannya.Seminggu selepas itu barulah dia menjadi pengunjung setia kubur arwah ibunya.Peritnya menjadi anak yatim pada usia 10 tahun.Saif cemburu melihat rakan-akan yang lain pulang dari sekolah bersama ibu dan bapa mereka.Sementara Saif di ambil oleh Pak cik Pi,pemandu van Darul Aitam.Tetapi Saif seorang yg rajin belajar.Kuat semangatnya walaupun airmata yang jadi penebus setiap kesakitan dan kerinduannya.


Akhirnya Saif Berjaya masuk ke Universiti Malaya selepas mendapat keputusan 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Dia melangkah masuk ke university dengan satu kebanggaan.Dia anak yatim yang berjaya.Dia bangga.Cukup bangga.Rakan-rakan yang mengejeknya semasa sekolah dahulu semuanya kagum dengan nya.Dia merasa puas walaupun hanya mengecapi kejayaan ini seorang diri.Cukuplah dia tahu amanah ayahnya yang menyuruh dia menyambung pelajaran telah tertunai.Alhamdulillah


Kehidupan Di Universiti Malaya tidak lah semudah disangka.Banyak kekangan yang terpaksa di hadapi.Masalah wang sangat menghimpit Saif.Dia terpaksa berniaga di Pasar malam demi untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur.Dia membantu Mak cik Timah .Dari situlah dia mengenali anak Mak Cik Timah,Najwa.Seorang gadis yang manja.Keletah Najwa yang manja itu kadang-kadang menghiburkan hatinya.Dia tua setahun berbanding Najwa.Pada mulanya dia hanya menganggap Najwa sebagai adik nya namun Mak cik Timah berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.Saif sentiasa merasakn dirinya kecil.Tidak layak untuk sesiapa pun.Aku org kecil kau org besar.Itulah yang sentiasa di ingatkan ke dalam dirinya.Dia sedar siapa diri nya dimata masyarakat.Oleh kerana Mak Cik Timah bersungguh-sungguh dia menerima Najwa.Mungkin ada sedikit kasih buat gadis comel itu


.Setahun selepas dia tamat belajar  dia,kesihatannya merosot.Semakin hari semakin sakit.Pada mulanya pinggang nya terasa sakit. Saif tidak pernah menyedari bahawa sakit pinggang yg di alami selama ini adalah petanda dia akan mendapat penyakit buah pinggang.Semua nya berlaku terlalu pantas.Kerana itu Saif tidak mahu menyusah kan sesiapa pun.Baik Najwa mahu pun ibu nya.Mereka susah terlalu banyak berkorban untuk Saif.

Kerana itu lah Saif tekad memtuskan pertunangan mereka.Dia tidak rela gadis comel itu susah kerana nya.Biar dia kehilangan gadis itu.Asalakan hidup Najwa tidak terseksa.Dia tahu keputusannya telah mengecewakan hati Mak cik Timah dan Najwa.


Selepas memtuskan pertunangan itu,Saif menjalani kehidupan seperti biasa.Namun ia agak ralat.Najwa dan Mak cik Timah tidak di beritahu mengenai penyakitnya.Yang tahu cuma Azri rakan serumahnya.Sehinggalah pada suatu hari dia mendapat panggilan bahawa Najwa kemalangan dan kehilangan banyak darah.Dia terasa bagai kan batu besar menghempap kepalanya.Dia pergi melawat Najwa.Tubuh Najwa lebam-lebam.Pucat.Kebetulan ketika itu Najwa memerlukan banyak darah dan kebetulan juga Saif menpunyai darah yang sama dengan Najwa,darah jenis O.Tanpa banyak fikir Saif mendermakan darahnya.Harapannya Cuma satu dia hanya mahu melihat Najwa Wafa sembuh seperti dahulu.Setelah dia mendermakan darah nya.Najwa mula menunjukkan reaksi positif.Hatinya lega sekali.Walaupun dia tidak ditakdirkan memilik Najwa dia akan menjaga Najwa seperti adiknya sendiri.

Selang sebulan selepas Najwa sembuh,kesihatan Saif mula merosot.Pinggangnya terasa bagaikan ingin pecah.Dia dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur.Azri lah yang menemaninya siang dan malam.Dia tiada saudara mara yang lain.Saif pasrah.Jika ini akhir hidupnya.Kata doktor,buah pinggangnya susah tidak dapat berfungsi kedua-dua nya.Dia harus bergantung kepada mesin.Air mata Saif tidak terbendung lagi.Azri banyak membantu menguatkan semangatnya.

Nasib nya baik,di saat menemui jalan kebuntuan doktor memberitahu ada penderma yang sesuai yang sudi mendermakan buah pinggangnya.Saif berasa sangat bersyukur.Semua nya berlaku terlalu cepat.Saif di bedah dan Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar.Setelah kesihatannya agak stabil,Saif ingin  sekali berjumpa dengan penderma itu.Namun kata doktor identiti nya harus di rahsiakan.Saif berasa kurang senang sekiranya dia sendiri tidak berterima kasih kepada penderma buah pinggang nya.Tetapi doktor ada memberinya sepucuk surat dari pada pendermanya.Berdebar-debar Saif saat membuka surat itu.


Jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan permintaan
namun ia hadir kerana ketentuannya
jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
Dalam diri Saif ada Najwa dalam diri Njawa ada Saif.
NAJWA

Saif terduduk membaca surat itu.Dia tidak menyangka Najwa lah yang mendermakan buah pinggang nya.Dia tidak menyangka sebesar itu pengorbanan gadis comel itu.Benarlah apa yang di kata
Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.
Subhanallah.Alhamdulillah.Dua hati ini pasti akan terpaut .Begitulah tekad Saif.

Cinta itu seperti sinar matahari
memberi tanpa mengharap kembali,
Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari
Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.


kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi