Cinta sejati tidak perlu di cari
Walau seribu tahun kita mencari
Cinta sejati akan datang sendiri
Walau sekejap kita menanti.
Walau seribu tahun kita mencari
Cinta sejati akan datang sendiri
Walau sekejap kita menanti.
Sayap kasih
~Apabila engkau menjadi sayapku,pasti ku mampu terbang bebas ~
‘’Awak rasa awak adil ke buat macam ni dekat saya.Awak tahu tak yang saya dah beritahu semua mara saya pasal kita.Dulu awak cakap awak nak nikah dengan saya.Saya tak kisah nikah gantung sekali pun.Apa semua ni’’.Suara Najwa memenuhi ruang makan di blok B.
Saif hanya diam membatukan diri.Dia tahu yangd ia tidak akan menang jika berdebat dengan Najwa ,juara bahas di Universiti Kebangsaan Malaysia itu.Setiap tahun dia akan merangkul hadiah sebagai pendebat terbaik.Suaranya yang lantang.Wajah nya yang penuh keyakinan membuatkan tiada siapa boleh menafikan kejuaraanya
Saif bukan sengaja untuk membatalkan pernikahan ini,tetapi dia ada satu masalah besar yang disimpan.Untuk diluahkan dia bukan seorang yg suka mendapat simpati.Masalah ini telah memaksanya untuk membatalkan perjanjiannya untuk menikah dengan Najwa.Dia bukan tidak simpati pada Najwa,namun dia lebih simpati padanya sekiranya pernikahan itu diteruskan.Akhirnya Saif bersuara juga.’’Najwa,Saif ada sebab mengapa Saif batalkan pernikahan kita.Ini untuk kebaikan Najwa juga’’.Saif bersuara lemah.Tidak mampu untuk memandang sepasang mata yang sudah mulai berkaca itu,Saif hanya tunduk memandang lantai yang baru sahaja di mop.Hujung kaki nya di kuis-kuis pada lantai.Seketika dia bernafas perlahan-lahan mencari kekuatan untuk menyambung kembali perbicaraanya.
’’Najwa,saya lepaskan awak supaya awak tak perlu tunggu saya,jika kita ada jodoh Allah akan menemukan kita kembali.Saya terpaksa pergi dulu.Kalau awak ada apa-apa masalah awak masih boleh hubungi saya.Saya pergi dulu’’.Saif melangkah laju.ia tidak sanggup untuk melihat air mata Najwa jatuh untuk kesekian kali.
‘’ Mak cik tak kisah Saif,asalkan kamu boleh jaga Najwa.Kamu berdua pun bukannya budak kecil.Dah tahu
berfikir yang mana baik,yang mana buruk.Cuma mak cik harapkan jangan jadikan pernikahan ini satu halangan untuk Najwa belajar’’.Masih segar kata-kata Mak cik Timah di telinga Saif.
Itu dua tahun dahulu.Ketka dia melamar Najwa di hadapan Mak cik Timah.Ketika itu semangat nya berkobar-kobar untuk menyunting bunga di taman Mak cik Timah untuk di jadikan sayap kasihnya.Namun kini itu semua tinggal kenangan.Hampir setahun dia memutuskan ikatan pertunangan mereka.Semua nya tanpa kerelaan.Dia ada sebab nya.Hanya dia yang tahu.Menyorot kembali hidupnya dahulu…perit,Saif merupakan anak yatim.Dia tinggal di Darul Aitam semenjak kematian bapanya yang mata akibat dilanggat lori.Kisah nya tragis.Ibu nya mula menyalahkan Saif atas segala yang terjadi sehingga Saif digelar pembunuh ayahnya.Ini semua gara-gara ayah nya dilanggar ketika mahu membeli burger untuknya di hadapan sekolahnya,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail.
Sejak kematian ayah nya.Ibunya menjadi sasau.Makan minum nya tidak terurus.Ibunya hanya menangis siang dan malas.Kebetulan,ketika itu ibunya baru saja keguguran ditambah pula dengan pemergian suami tercinta.Saif yg baru saja berusia 9 tahun ketika itu di hantar ke Darul Aitam.Saif merupakan budak yg sangat baik.Dia tidak pernah menyusahkan sesiapa.Dia hidup di atas kaki sendiri.Setahun selepas itu Saif mendapat tahu bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya.Hancur luluh hatinya apabila semuanya pergi meninggalkannya.Ayah yang selama ini menjaga nya.Ibunya yang selama ini mngucup dahinya.Pergi lah ayah dan ibu.Tinggalah Saif di sini.
Ayah ibu,Saif rindu ..Saif nak keluarga kita yang dahulu.Begitulah setiap malam Saif merintih.Jiwa nya kosong.Hatinya sakit menahan rindu.Semasa pengebumian ibunya Saif tidak mahu pulang.Dia takut tidak dapat menahan kesedihannya.Seminggu selepas itu barulah dia menjadi pengunjung setia kubur arwah ibunya.Peritnya menjadi anak yatim pada usia 10 tahun.Saif cemburu melihat rakan-akan yang lain pulang dari sekolah bersama ibu dan bapa mereka.Sementara Saif di ambil oleh Pak cik Pi,pemandu van Darul Aitam.Tetapi Saif seorang yg rajin belajar.Kuat semangatnya walaupun airmata yang jadi penebus setiap kesakitan dan kerinduannya.
Akhirnya Saif Berjaya masuk ke Universiti Malaya selepas mendapat keputusan 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Dia melangkah masuk ke university dengan satu kebanggaan.Dia anak yatim yang berjaya.Dia bangga.Cukup bangga.Rakan-rakan yang mengejeknya semasa sekolah dahulu semuanya kagum dengan nya.Dia merasa puas walaupun hanya mengecapi kejayaan ini seorang diri.Cukuplah dia tahu amanah ayahnya yang menyuruh dia menyambung pelajaran telah tertunai.Alhamdulillah
Kehidupan Di Universiti Malaya tidak lah semudah disangka.Banyak kekangan yang terpaksa di hadapi.Masalah wang sangat menghimpit Saif.Dia terpaksa berniaga di Pasar malam demi untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur.Dia membantu Mak cik Timah .Dari situlah dia mengenali anak Mak Cik Timah,Najwa.Seorang gadis yang manja.Keletah Najwa yang manja itu kadang-kadang menghiburkan hatinya.Dia tua setahun berbanding Najwa.Pada mulanya dia hanya menganggap Najwa sebagai adik nya namun Mak cik Timah berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.Saif sentiasa merasakn dirinya kecil.Tidak layak untuk sesiapa pun.Aku org kecil kau org besar.Itulah yang sentiasa di ingatkan ke dalam dirinya.Dia sedar siapa diri nya dimata masyarakat.Oleh kerana Mak Cik Timah bersungguh-sungguh dia menerima Najwa.Mungkin ada sedikit kasih buat gadis comel itu
.Setahun selepas dia tamat belajar dia,kesihatannya merosot.Semakin hari semakin sakit.Pada mulanya pinggang nya terasa sakit. Saif tidak pernah menyedari bahawa sakit pinggang yg di alami selama ini adalah petanda dia akan mendapat penyakit buah pinggang.Semua nya berlaku terlalu pantas.Kerana itu Saif tidak mahu menyusah kan sesiapa pun.Baik Najwa mahu pun ibu nya.Mereka susah terlalu banyak berkorban untuk Saif.
Kerana itu lah Saif tekad memtuskan pertunangan mereka.Dia tidak rela gadis comel itu susah kerana nya.Biar dia kehilangan gadis itu.Asalakan hidup Najwa tidak terseksa.Dia tahu keputusannya telah mengecewakan hati Mak cik Timah dan Najwa.
Selepas memtuskan pertunangan itu,Saif menjalani kehidupan seperti biasa.Namun ia agak ralat.Najwa dan Mak cik Timah tidak di beritahu mengenai penyakitnya.Yang tahu cuma Azri rakan serumahnya.Sehinggalah pada suatu hari dia mendapat panggilan bahawa Najwa kemalangan dan kehilangan banyak darah.Dia terasa bagai kan batu besar menghempap kepalanya.Dia pergi melawat Najwa.Tubuh Najwa lebam-lebam.Pucat.Kebetulan ketika itu Najwa memerlukan banyak darah dan kebetulan juga Saif menpunyai darah yang sama dengan Najwa,darah jenis O.Tanpa banyak fikir Saif mendermakan darahnya.Harapannya Cuma satu dia hanya mahu melihat Najwa Wafa sembuh seperti dahulu.Setelah dia mendermakan darah nya.Najwa mula menunjukkan reaksi positif.Hatinya lega sekali.Walaupun dia tidak ditakdirkan memilik Najwa dia akan menjaga Najwa seperti adiknya sendiri.
Selang sebulan selepas Najwa sembuh,kesihatan Saif mula merosot.Pinggangnya terasa bagaikan ingin pecah.Dia dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur.Azri lah yang menemaninya siang dan malam.Dia tiada saudara mara yang lain.Saif pasrah.Jika ini akhir hidupnya.Kata doktor,buah pinggangnya susah tidak dapat berfungsi kedua-dua nya.Dia harus bergantung kepada mesin.Air mata Saif tidak terbendung lagi.Azri banyak membantu menguatkan semangatnya.
Nasib nya baik,di saat menemui jalan kebuntuan doktor memberitahu ada penderma yang sesuai yang sudi mendermakan buah pinggangnya.Saif berasa sangat bersyukur.Semua nya berlaku terlalu cepat.Saif di bedah dan Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar.Setelah kesihatannya agak stabil,Saif ingin sekali berjumpa dengan penderma itu.Namun kata doktor identiti nya harus di rahsiakan.Saif berasa kurang senang sekiranya dia sendiri tidak berterima kasih kepada penderma buah pinggang nya.Tetapi doktor ada memberinya sepucuk surat dari pada pendermanya.Berdebar-debar Saif saat membuka surat itu.
Jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan permintaan
namun ia hadir kerana ketentuannya
jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
namun ia hadir kerana ketentuannya
jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
Dalam diri Saif ada Najwa dalam diri Njawa ada Saif.
NAJWA
Saif terduduk membaca surat itu.Dia tidak menyangka Najwa lah yang mendermakan buah pinggang nya.Dia tidak menyangka sebesar itu pengorbanan gadis comel itu.Benarlah apa yang di kata
Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.
Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.
Subhanallah.Alhamdulillah.Dua hati ini pasti akan terpaut .Begitulah tekad Saif.
Cinta itu seperti sinar matahari
memberi tanpa mengharap kembali,
Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari
Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.
memberi tanpa mengharap kembali,
Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari
Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.
No comments:
Post a Comment