topbella

Thursday, August 11, 2011

Dilema Cinta Ilahi part 1


Hajar terasa dadanya semakin sempit.Nafasnya main pendek.Pelbagai andaian buruk bermain di dalam fikirannya.Mata nya melilau ke kiri dan kanan.Bimbang ada mata-mata yang masih memerhati.Terasa sedikit selamat.Dia melangkah perlahan ke dalam kedai 7 eleven.Tekaknya harus dibasahkan dengan minuman sejuk.Terasa semangat nya tinggal senipis kulit bawang Cuma.Namun dia tekad.Ini perjalanan hidupnya.Tiada sipa yang boleh mengubah hidupnya melainkan dia.Apa yang dia lakukan adalah untuk kebahagiaan hidupnya.Ini pegangannya.

‘’Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,dan aku nak saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah’’

Tetapi mamanya Laura tidak memahami.Sibuk dengan rutinnya pergi ke gereja setiap ahad.Entah apa yang di buat di sana Hajar tidak tahu.Yang pasti bila ditanya pada mamanya ,mama nya hanya menghadiahkan satu jelingan tajam.Dia Cuma mahu tahu mengenai agama nya.Salahkah ?Selalu dia bermonolog dengan dirnya sendiri.Sejak kecil mama memaksa dia pergi ke gereja.Kata mama penganut-penganut Kristian pula hadir dan bertafakur di gereja pada setiap hari Ahad,  dan begitulah seterusnya. Justeru, menurut mereka, kesemua bentuk ibadat itu adalah benar dan diiktiraf kerana kesemuanya menuju kepada satu ‘kebenaran yang hakiki’, iaitu Tuhan.

 Bagi umat Islam Tuhannya ialah Allah, manakala bagi penganut Kristian Dia adalah Jesus.Seingkali juga Hajar berbahas dengan mama nya mengenai soal kebenaran Jesus.Tapi mama nya sering memarahinya.Mama tidak adil.Dia sering mengelak setiap kali di ajak ke gereja.Seakan-akan satu seksaan apabila mulutnya terpaksa menyanyikan lagu-lagu di gereja.Pedih sekali.Kawasan gereja itu dirasakan tempat puaka baginya.Melihat paderi bagaikan melihat satu lembaga jahat.Entah mengapa.

Semua persoalan ini dia tidak mampu untuk menjawab.Semakin dia dididik untuk mengenali Jesus semakin dia rasa semakin jauh.
Sejak kecil Hajar di besarkan oleh Nek Ngah pembantu rumah nya berasal dari Kelantan.Nek Ngah sebatang kara.Nek Ngah menjaga nya semenjak dia masih lagi merah.Mama?Sibuk dengan bussiness juta-jutanya.Papa?Sibuk ke sana ke sini dengan pembantu peribadinya yang bernama Sherry.

Kadang-kadang dia naik menyampah melihat Aunt Sherry yang konon nya Islam,tapi pakainya seksi mengalah kannya.Hajar tidak pernah mahu untuk memakai baju seksi yang dibeli oleh mamanya dari London,Paris serta seluruh ceruk dunia,tapi dia lebih senang memakai baju T-shirt besar dengan seluar slack.Lebih selesa rasanya.Mama kalau keluar,seksi nya mengalahkan model.Skirt pendek dengan warna yang garang menjadi pilihan mama dengan baju T-string menjadi pelengkap nya.Kalau mama ke pejabat mama lebih selesa memakai skirt dan kot.Kadang-kadang Hajar malu dengan rakan-rakanya yang lain.Mama mereka nampak sopan bertudung.Hajar suka bila nampak orang pakai tudung 


Bila usianya sudah meningkat 13 tahun dia makin suka bila melihat orang yang memakai tudung besar-besar dan Hajar lebih suka bila melihat jiran sebelah rumah nya yang memakai tutup muka.Dia tidak pasti apa nama nya tutup muka itu.Namun dia tenang melihatnya.Kakak sebelah rumahnya bernama Kak Ila.Setiap kali dia ingin keluar rumah pasti dia akan memakai tutup muka itu.Kadang-kadang Hajar tengok macam ninja dalam cerita jepun.Namun dia tidak pernah berpeluang untuk bercakap dengan kakak itu.Lagipun Hajar malu.Siapalah dia pada mata kakak bertopeng itu.Hajar jarang bercakap.Dia lebih suka untuk berdiam diri dan memerhati.Kalau pun dia ingin bertanya hanya pada Nek Ngah yang di anggap macam ibu nya sendiri.Nek Ngah selalu membelainya sebelum tidur.Nek Ngah lah yang mendodoikanya.Nek Ngah juga yang mengucup pipinya sebelum tidur.Dari kecil Hajar tidak pernah dapat merasakan semua itu dari mama nya.Ah..Mama terlampau sibuk.Kadang-kadang Laura sendiri terlupa dia ada ibu.Masakan tidak.Pagi-pagi lagi mama  sudah keluar.Malam baru pulang.Papa pula kadang-kdang sampai berhari-hari tidak pulang.

Namun papa dan mamanya tidak pernah lupa akan keperluan zahirnya.ia hidup mewah.Semua apa yang diidamkan pastinya dia akan dapat,blackberry,laptop Apple yang menjadi idaman sahabat-sahabatnya.Semua nya ada dalam genggaman nya.Dia sedikit pun tidak bahagia dengan pemberian mama dan papa nya.Bukan bermaksud untuk tidak menghargai nya.
Apa guna blackberry kalau tidak dapat digunakan untuk berhubung dengan mama dan papa.Apa guna pakaian mahal nya kalau bukan untuk keluar bersama mama dan papa.Apa guna semua nya itu.Hajar mengeluh.Papa..Mama..

No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi