Tatkala ia hadir dalam hidup mu,sesaat takkan terlewat mahu pun tercepat,hanya kamu yg mahu bersabar dalam iman mu!
Tidak puas rasa nya berkongsi rasa dengan sahabat dalam sehari-hari,ada sahaja luahan rasa yang ku dengar.Alhmdulillah..saya suka dengan cerita kalian.Kesedihan kegelisahan dalam menanti belahan hati memang akan dirasa selagi kita belum lagi mendengar lafaz aku terima nikahnya ^----------^
Saya memahami kalian kerana saya pernah menjadi 'single' seperti anda.Setaip hari,saban waktu kita menanti,mencongak,meneka dan membilang siapakah yg layak utk menjadi pendamping hidup kita.Yang sudah berpunya tersengih-sengih gembira dengan kehadiran buah hati mereka sambil mengumumkan pada dunia dia lah yang tecantik,tebaik yg bakal menjadi hak mereka.Begitulah ragam kita.
Saya tidak mahu bercerita panjang tentang soal jodoh ini,cuma hanya mahu memberikan tasji' kepada sahabat semua bahawa jika anda sedih besedih saat ini menanti DIA yang tidak kunjung tiba,dan walau apa pun situasi anda sekarang satu sahaja yang saya ingin anda PERCAYA sematkan di dada.
''allah telah merancang lama dan sedang MERANCANG saat ini utk hari esok''kun fayakun~
Kalau anda tidak percaya,mari soroti kisah saya dan zauj.Bagaimana kami bertemu dan akhirnya berkahwin.
Saat itu,tidak menyangka pun dia jodoh saya.Sebenarnya pernah dgr nama zauj meniti di bibir org lain,cuma masa tu tiada lagi getaran yang hadir tatkala nama itu disebut dan dipuji2.Sedang waktu itu umur baru mencecah 18 tahun.
Saya mengetahui kisah cinta kami sesudah bebarapa hari menikah.Pelik bukan.Terlalu ppenatas segalanya bukan.Segalanya masih lagi ibarat mimpi yang indah.Doa-doa yang selama ini sering dipanjatkan didengar Allah dan Allah memeberi pakej yang lengkap dan terbaik.
jangan lelah untuk berdoa dan menangis di hadapan NYA kerana dia pasti membalas setiap doa mu dengan rezeki yang tak tersangka pada waktu yang kau sendiri tidak menyangka.dan hanya senyuman yang mampu kau ukir saat itu.Malu kerana sering kali ber'buruk sangka' pada pemberi.
Wasilah perkenalan kami melalui orang yang paling dekat dengan keluarga.iaitu abg ipar yang juga sahabat zauj dan juga teman sekerja nya.
mengapa menangis mencari jodoh sedang ia berada dekat dengan Mu ,raihlah ia melalui tangan yang diredhai
Dan setelah menikah zauj bercerita,alangkah baiknya perancangan Allah menghantarnya ke sekolah sama tempat abg ipar kami mengajar,kalau tidak manakan ketemu abg ipar,dan yang paling terharu dengan percangannya,rupanya zauj mengenali kakak saya lama lagi sebelum ini,iaitu 5 tahun yang lalu.Tatkala Allah sedang mempertemukan kami,saat itu diri ini baru berusia 13-14 tahun.Masya Allah..indah sekali perncangan yang tertulis di loh mahfuz sana.Allah..sampai sekarang sebak itu masih ada dengan kemurahan Allah mengurnikan cinta 'terawal' ini.
jangan menyangka kita insan yang tidak terpilih di saat Allah sedang memilih tetapi kita tidak mengetahuinya.Dia maha sempurna.BERSABAR!
Satu yang paling saya suka adalah,sehari selepas kenduri tika saya tgh membersihkan kawasan rumah,baru perasan plat kereta zauj saya dengan tarikh lahir saya,masya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!
2522 =') saya lahir 22592
terbalikkan.Itu lah rahsia jodoh saya.sedang kita semua tidak menyedarinya.
''carilah rahsia jodoh mu lewat doa yang tak terputus''
Disaat Allah memanggil,nama mu yang terpilih,maka bersyukurlah setinggi nya
kheir,insya Allah!
-ummu rayyan-
Thursday, October 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalammualaikum
nice sharing dik..bikin hati akak sebak..
Moga bahgia hingga ke syurga
subhanallah..
Post a Comment