topbella

Thursday, October 13, 2011

perjalanan separuh nafasku part 1

''Bila tiba waktunya dunia pasti tersenyum melihat dua hati yang ceria memandu kasih dijambatan ilahi''


Alhmdulillah...syukur kepada Allah yg mempertautkan dua hati pada akhir ramadhan yg lalu.




Ramai juga sahabat yg bertanya bagaimana perasaan,bagaimana pengalaman bergelar isteri dan student.Apakah perbezaan,terganggu kah?


Ketawa saya apabila pulang ke uia di 'serbu' sahabat dengan pelbagai pertanyaan.


Ramai juga yg ingin dapatkan khidmat kaunseling.Terasa diri bagaikan MALU kerana ramai yg memandang tinggi.Sungguh saya hanya insan biasa sahabat ^-^.Kamu dan saya sama sahaja.Tidak ada perbezaan,hanya sedikit anugerah dari ilahi atas cinta 'terawal' yang diberi oleh nya.


Alhmdulillah...SEMINGGU selepas menikah 'dihantar pulang oleh zauj ke UIA utk menghadapi peperiksaan final exaM.berbeza benar rasanya peperiksaan kali ini.apa bila di iringi oleh doa ZAUJ yang x putus-putus mengharap kejayaan buat isterinya. Hembusan semangat yang tidak putus-putus diberikan buat zaujah walaupun diri ny sendiri sibuk dengan kerjayanya.Syukran ala kulli ya zauj.


''kuatkan semangat mu,biar nanti jika ada anak dia akan bangga menyambut ibunya pada hari konvokesyen nanti.


Terharu,itu sahaja yg dapat digambarkan.Saat insan lain menelaah pelajaran diri ini juga turut sama.Bimbang mengecewakan ibu dan ayah serta suami yg telah banyak berkorban dalam hidup mereka demi utk melihat senyuman terukir diwajah sang puteri.Alhmdulillah semua tomahan org ku ambil sebagai penguat semangat dan segala kata penguat ku ambil buat azimat.


Hari terakhir exam.Zauj dtg menyambut zaujahnya.Dengan rasa gembira teramat,habis paper terakhir subjek Intro to HS,zauj menunggu didepan gate asrama.Ku kira ia hadiah termahal setelah sebulan bergelar isteri.Dalam perjalanan pulang zauj memerikan hadiah sejambak bunga.Ketawa saya kerana ia bunga plastik,PELIK seketika,rupa-rupanya ada buku dibalik jambangan bunga itu.Buku itu zauj beli sebelum berkahwin lagi khas utk isterinya.Tersenyum saya dibuatnya.Terima kasih sekali lagi zauj.


Sekarang pulang ke Kelantan utk menjalankan tugas sebagai seorang isteri.Seronok rasanya dengan pengalaman ini.Belajar memasak dari zauj yang sememangnya pakar.Setiap hari ada saja benda baru yg kami pelajar antara satu sama lain.Ini lah nikmat bercinta selepas berkahwin yang sering dinanti .Alhamdulillah..Tiada kata seindah bicaa dapat diucapkan utk mengambarkan rasa syukur kepada ilahi kerana mempertemukan kami pada saat ini.




''Saat Allah mencintai hambanya,Allah pastinya mengrimkan insan yang juga mencintainya yang terkabul lewat doa insan-insan yang mencintai-MU tulus''

2 comments:

amal said...

Allahu yubarik fikuma ~!^_^

Ummu Abiha said...

assalamualaiku.. ukhti farhan,,, tersenyum ana bce post nya =) moga Allah sntiasa memberkati keduanya.. allahumma amiin =)

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi