topbella

Monday, January 10, 2011

Takdir Terindah part 1

 Untuk mengakhiri usrah kita ini,ana tinggal kan kamu semua dengan kata-kata saidina Umar sebagai bekalan untuk kita menyucikan hati dan jiwa


''Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.'' wallahua'lam


''Jadi jangan lupa temujanji usrah kita pada minggu hadapan.Jangan ada sesiapa yang menguzurkan diri''.Tegas suara Umar berpesan kepada anak-anak buah nya.Bukan untuk menakutkan tapi dia harus bertegas supaya mereka tidak mengambil remeh tentang usrah mereka.Bagi Umar usrah pembentuk sakhsiah mulia.Jika mereka menguzurkan diri sedikit sebanyak sakhsiah baik yang di terapkan dalam jiwa mereka akan terhakis.


Sebagai presiden PMI(persatuan mahasisiwa islam) di UPM,dia bertanggungjawab menyuburkan roh islamiah dia kalangan pelaja-pelajar yang jauh terpesong di sana.Berdating di tepi tasik,tidak memakai jilbab adalah perkara biasa yang berlaku disini.Kadang-kadang hati kecil nya menjerit apabila dakwah nya di pandang sebelah mata.Tidak cukup dengan itu,kadang-kadang dia di keji dan di hina.Namun hati berulang kali mengucap sabar,sabar.sabar.


Selesai bersalam-salaman umar duduk beriktikaf di dalam masjid itu.sendiri..angin pagi membelai lembut pipi nya.Terasa tenang.Lama merenung nasibnya.Umur nya sudah 22 tahun.Namun allah masih belum mempertemukan dengan pemilik tulang rusuk nya.Seringkai hati lelaki nya merintih bilakah akan dipertemukan serikandi yang akan menyokong tugas dakwah nya,yang akan menjadi penyalur kepada zuriat yang bakalmenjadi penerus dakwah nya.Bukan dia terlalu memilih,namun lihat sahja di UPM ini,jarang sekali untuk melihat gadis yangmemakai jilbab labuh,apatah lagi yang memakai niqab.Bukan dia mengharap yang sempurna atau yang rupawan,cuma dia ingin memilih calon hidup yang sefikrah dengan nya,yang akan menjadi sayang perjuangan nya.Rupa adalah syrarat kedua.Yang penting adalah akhlak nya,agamanya.


Lama sekali dia termenung melihat sepasang burung riang berterbangan.Dalam hati nya terdetik.Alangkah indah nya jika aku mendapat kekasih yang halal untukku saat ini.Sesekali di betulkan kopiah putihnya.Mata nya memandang sekelilling masjid.Tidak ramai jemaah yang datang untuk berjemaah di masjd ini.Tapi bagi Umar dia akan mewajibkan diri nya untuk berjemaah setiap kali solat.Kadang kadang masa agak menghambat,namun kewajipan terhdap allah harus di utamakan.Seingkali dia di marahi kerana lambat datang ke kelas tutor.Namun dia tidak kisah,asalnkan jemaah nya tidak di tinggalkan.


Lelaki yang hati nya terikat dengan masjid!


Sebentar lagi azan zohor akan berkemandang.Dia bangun membersihkan belakang jubah nya yang agak berhabuk.Masjid ini jarang bersapu.Pekerjanya agak sibuk,kerana dia keseorangan tiada yang membantu.Hanya sesekali lantai itu dapat di sapu.Umar berjalan perlahan-lahan ke arah tempat wudhuk lelaki.Perlahan-lahan pili air di buka.Air yang mengalir di jai-jari nya itu direnung.Semoga kan terhapus dosa-dosa yang aku lakukan hari ini.Penuh keinsafan dia mengangkat wudhu'.Itulah yang di ajarkan oleh Ustaz majis dalam kuliah maghrib nya.Wudhu' bukan sahaja membersihkan anggota luar namun,hati juga harus di bersihkan.Air pili di buka perlahan.Tidak ada pembazian yang harus di lakukan.Membazir itu amalan syaitan.Aku tidak ingin bersahabat dengan syaitan!




Selesai mengambil wudhu' ,dia mengorak langkah ke tempat solat muslimin
.Tiba-tiba mata nya tertumpu kepada seorang gadis berjilbab pink dan berpurdah hitam.Aduh hati nya berdegup kencang.Hati nya memuji keindahan ciptaan allah.Subhanallah.subhanallah.


Seketika cuma,pandangan nya beralih ke lantai.Mata....engkau sungguh nakal.Dia bukan hak untukku.Bedosa bagiku menikmati keindahan nya.Walaupun hanya mata yang dapat di lihat namun sungguh indah.....Umar beristighfar beberapa kali.


Selesai bersolat,doa nya panjang khusyuk dan penuh mengharap.Semoga hidupnya akan ada keberkatan.Usai berdoa,langkah nya di percepatkan ,kerana blok asama nya akan mengadakan gotong royong mebersihkan bilik.Dia sebagai ketua bilik harus cepat.Keluar dari bilik solat.Dia berjalan membawa beg yang mengandungi laptop ke arah tempat dia menyimpan selipar nya.Kebetulan,dia haus melalui gadis tadi yang sedang berada dalam lingkuangan keluarga usrah nya.Mata gadis itubegitu bercahaya.Sempat juga di tngkap suara lembut nya yang penuh berhikmah menyampaikan pesanan kepada keluarga usrah nya.Tangan nya yang bersarung memegang kejap sebuah al quran berwarna pink.Terbit senyuman di bibir nya.Dalam hati nya berkata.Indah sekali jika ku punya bidadari sebagini.


~bersambung~

Sesuap kasih

CERPEN PERTAMA YANG DIPUBLISH
HAK CIPTA:FITRAH KEGEMBIRAAN
Pandangan ana tertumpu pada pergerakan suami nya sedang membasuh kereta Viva hitam mereka.Begitu ralit dia memandang dengan penuh kasih sayang.Kandungan nya yang berusia  7bulan di usap lembut.Kadang-kadang terasa tendangan perlahan.Indah sekali perasaan menjadi ibu buat pertama kali.Anak yang sekian lama dinanti.5 tahun mereka menikah.Inilah rezeki nya yang pertama bersama suami nya.


Masih segar di ingatannya,beberapa kali dia di masukkan ke hospital PERDANA di Kota bharu kerana keguguran.Hanya Allah yang tahu betapa hatinya hancur apabila cita-cita nya untuk mendapat cahya mata gagal.Air mata sudah menjadi peneman setia,mujurlah suami tercinta ada di sisi.Dia lah penghibur dialah peneman,kala kesulitan perasaan melanda di jiwa.Sedikit sebanyak perasaan nya terubat

.Namun sungguh suami nya seorang yang sangat penyabar.Ramai antara rakan mereka yang sudah mempunyai anak,walaupun Ana dan suami nya berkahwin lebih awal pada itu.Namun ini mungkin ujian untuk menguji ksejauh mana ketakwaan seorang hambanya.

Tiba-tiba terasa perutnya memulas,terasa semacam ingin membuang air besar.Semakin lama semakin kuat contraction yang di rasa di tengah-tengah perut dan di sertai dengan aliran cecair hangat keluar di celah kaki nya.Mulut nya seakan-akan terkunci untuk memanggil suami nya yang baru selesai mengelap kereta.Tangan nya di tekan ke rahim.Dahi nya berkerut menahan kesakitan.Ana cuba bangun dari kerusi batu di halaman rumah nya.Dia Berjaya bangun,dan cuba berjalan kea rah suami nya.Namun tidak sampai ke destinasi,dia pitam menyembah bumi.


Khairul Azam yang baru menyedari keadaan isterinya berlari tanpa sempat menutup pili air yang di buka.Dipangku kepala isterinya dan di tepuk pipi Ana berkali kali.Sepi.Tiada reaksi.Khairul cuba memanggil nama,mengharapkan ada jawapan namun hampa.Dengan langkah yang pantas,tanpa membuang masa khairul mengangkat Ana masuk ke dalam kereta.Dia berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil tudung bulat isterinya yang selalu dipakai untuk keluar.Perjalanan ke hospital Perdana terasa sangat lama.Dia cuba untuk menenangkan diri dengan beristighfar.Mulut nya terkumat kamit membaca doa semoga tida apa- apa yang berlaku.


‘’Ya allah peliharalah isteri ku,dialah ratu hati ku,jika anak ini bukan rezaki ku,aku redha.Khairul pasrah!Dia masih ingat akan kata-kata doktor Heliza yang merawat isteri nya.Kata nya,kandungan isteri nya lemah dan mereka harus bersedia menerima hakikat jika bayi itu ‘hilang’.Ditambah pula rahim isteri nya yang ada sedikit kelainan.Peratus untuk dia mendapat bayi hanyalah 50 peratus.Namun dia tidak sampai hati untuk memberitahu zaujah nya yang amat teruja dengan berita ini.

Sesampainya di hospital,Khairul mengangkat isterinya ke ruang kecemasan.Seketika Cuma dia dapat melihat isterinya sebelum Ana di bawa masuk ke dalam bilik rawatan.Selepas beberapa lama,Dr Heliza keluar mendapatkan Khairul.Dari raut wajah nya,Khairul dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku.Panjang penerangan Dr.Heliza.Namun isi utama nya yang ingin di beritahu adalah bayi nya meninggal di dalam kandungan.Khairul terduduk mendengar berita itu,walaupun sudah bersiap sedia.Setitis air mata lelaki nya jatuh dipipi.Borang pembedahan di tandatangan.Walau apa yang terjadi pun,dia masih bersyukur ratu nya masih di selamatkan allah s.w.t.

Selepas menandatangani borang itu.Khairul Azam mengorak langkah ke musollaa.Memohon sedikit kekuatan dari allah S.W.T. Khairul Azam tahu dia akan kalah apabila melihat isteri nya menangis kehilangan zuriat yang begitu di cintai nya.Lama dia bersujud.Air mata jatuh di di atas sejadah becorak kaabah itu.Pandangan nya sayu menatap sejadah itu.Setitik lagi air mata mengalir.

Jam 5.oo petang dia masuk ke dalam wad yang menempatkan isterinya.Kucupan hangat di beri kepada isterinya yang sedang terlena.Perut Ana di usap lembut.Kosong tidak berpenghuni.Perlahan-laha isterinya membuka mata.Merah matanya.Dada nya beromak semula.Khairul memegang tangan isterinnya member kekuatan.
Perlahan ana bersuara.

‘’Abang,kahwin lah dengan wanita lain.Dinda tak mampu berikan abang zuriat.Dinda tak mapu menjadi penyalur benih abang.’’
Perlahan khairul menjawab
‘’Dinda ,bagi abang,abang tak kan khianati kesetiaan dinda,pengorbanan dinda menjaga abang selama ini.Abang dah cukup bahagia.Anak itu adalah anugerah allah.ABANG PUN ADA IBU,ABANG FAHAM PERASAAN KALAU HIDUP PERLU DIKONGSI.’’

Air mata lesu mengalir lagi dari pipi ana jatuh ke bibir kering nya.
Khairul menyeka nya lembut.Basah.


Saturday, January 8, 2011

remaja dan cinta part 3

Dua hari yang lalu saya berbual dengan rakan baik saya.Pelbagai perkara kami bualkan.Tiba-tiba dia bertanya masalah rakannya kepada saya.Kata nya rakan nya itu tidak tahan untuk menikah.Saya tergelak.Frasa tidak tahan itu begiutu mencuit hati saya.Saya bertanya apa masalah nya sehingga da begitu TIDAK TAHAN untuk menikah.Kata rakan saya mereka berdua tidak mahu becinta dan terlibat dengan maksiat lalu mereka memiih untuk menikah,Oh!mulia sekali niat mereka.

Lalu jawab saya,nikah bukan semudah yang di kata.Sudah rasa diri itu cukup bersediakah untuk menikah.Inilah akibat nya apabila pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak di letak limitation atau batasan.Jadi selepas itu mereka akan merasa berada dalam situasi tidak tahan seperti tadi.

Penyelesaian nya senang,kenapa perlu contact si dia.Jika benar hati sudah berkenan.Maka belajar lah bersungguh-sungguh.Ini tidak,bila sudah rasa cinta,mulalah seperti belangkas dalam sehari tidak mengucapkan  i love u tidak sah.Selepas itu mulalah perasaan tak terkawal...meronta-ronta nak kahwin.Kahwin hanya keana nafsu kah?!

Jika anda berada dalam situasi tadi..saya ingin menegaskan bahawa anda masih lagi sangat-sangat tidak matang untuk bercinta dan memegang title suami ataupun isteri.

Disini saya bukan lah ingin menghina orang yang bekeinginan untuk menikah awal.Itu baik sekali untuk menjaga hati kedua-dua pasangan.Tetapi itu jika sudah mampu!!!!MAMPU.cuba highlightkan perkataan ini.Ramai yang ingin menikah tapi mereka tidak fikir persediaan nya.

menikah itu mudah,
namun kehidupan selepas itu sangat sulit.
cinta itu manis nya hanya sebulan.
ingat pahit ingat cinta.

Jadi jika ada sesiapa merasa diri nya sudah cukup untuk bercinta

Ini lah syarat yang haus di patuhi untuk mekayakkan diri anda bercinta

1.lihat jika amalan anda sudah mantap atau belum.Bagi lelaki,sudah istiqomah kah dalam berjemaah.Jika berjemaah pun anda liat usah terfikir untuk menikah kerana anda akan gagal untuk mendidik isteri anda nanti.Bagi perempuan pula sudah cukup kah amalan sunat anda untuk mempersiapkan diri untuk menikah dan menjadi ibu pada anak-anak.Anda harus kuat dan juga sudah bersih diri.Jika anda masih belim khatam al-quran anda masih jauh untuk memikirkan soal cinta.

2.Jika anda yakin syarat pertama itu sudah di penuhi maka anda sudah hampir bersedia.Tetapi perlu di ingat orang yang mencintai antara satu sama lain tidak perlukan perantaraan lain.Maksud saya di sini tidak perlu menghabiskan kredit hanya untuk mengucapkan rindu atau pun sayang.Itu tidak perlu!!Jika anda melakukan nya nampak nya anda belum matang.Itu hanya cinta monyet.Cinta perlukan persediaan dari segi mental dan fizika dan juga sakhsiah.

3.Yakin anda sudah cukup ilmu untuk membimbing antara satu sama lain.BAGI lelaki soal fiqh wanita harus khatam supaya anda mampu untuk mendidik antara stu sama lain nanti.Kalau tidak nanti anda  akan buta dalaM terang.Bagi wanita jika ingin bercinta,pilihlah orang yang boleh membimbing mu.

4.Yakin anda tidak akan melakukan semua maksiat.Besediakah?Jika lelaki itu benar-benar mencintai anda dia tidak akan meletakkan anda daam situasi yang akan mendekatkan anda kepada maksiat.Cinta itu simpanlah sehingga halal.tidak ada ruginya.Jika sebelum kahwin pun sudah tidak mampu mengwal diri.Anda fikir anda sudah mampu untuk mengawal diri seepas kahwin.Jika dengan anda dia tidak mampu menjaga ikhtilat apatah lagi dengan wanita lain.

sayangkan kekasih tinggal tinggalkan,
sayangkan allah amal amalkan

cinta tanpa pesediaan satu musibah
cinta tanpa ilmu itu satu  masalah

Jadi jika ingin bercinta..pastikan anda mempunyai matlamat untuk menikah dalam masa 3 4 tahun.Jangan jadi cinta tin kosong yang tidak ada masa depan.Bukan mudah untuk menerima tanggungjwab bercinta.Cinta itu bukan melibatkan dua hati tapi hati-hati insan lain juga.

Cinta..
usah terlalu mudah menerima,
usah terlalu sulit menerima,
jika tiba saat dan waktu nya,
cinta adalah satu kuasa yang sangat hebat,
bagi sesiapa yang meghargainya.

insya ALLAH saya akan menyambung tajuk seterusnya dimasa depan.




Pabila semboyan berbunyi

by:miss farhan al kelantani=)
Adakah kau lupa kita pernah Berjaya,
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa
Memayungi2/3 dunia,
Merentas benua,
Keimanan dan ketakwaan
Rahsia mereka gapai kejayaan.

Meneliti bait-bait rangkap lagu adakah kau sudah lupa seakan-akan menyindir kita yang kian lupa dari hari ke hari dan juga semakin tenggelam dalam dunia yang kita cipta sendiri.Lupa akan tanggungjwab kita sebagai khalifah yang di cipta oleh allah s.w.t.

Berapa umur kita sekarang,18 atau 19 atau 20?Sepanjang hidup kita apakah sejarah yang kita sudah cipta sepanjang hidup kita.Ada atau tidak atau sekadar omong kosong yang melampau?

Saya begitu terkesan  dengan kisah sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan costantinapole  yang begitu beharga pada usia 21 tahun dengan perancangan yang begitu rapi dan tersusun.Begitu hebat sekali sultan  muda ini mampu berbuat jasa pada agama dan bangsa pada usia yang begitu muda.

Tetapi anak muda kita pada usia 21 tahun begitu bangga mempunyai mempeagakan kekasih hati mereka,bangga dengan maksiat mereka,bangga berbuat jahat,bangga atas bangga yang tak sepatutnya di banggakan.


 



Selepas Sultan Muhammad Al-Fateh  menawan kota Constantinapole dia mengumpul tentera untuk  memilih bakal imam untuk mengimami solat.3 soalan yang perlu di jawab oleh mereka sebelum dipilih menjadi imam.Mereka semua berdiri untuk menjawab soalan

1.Siapa di antara kamu tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu
Semua masih berdiri.Ini menunjukkan keimanan seseorang amat di titik beratkan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan dalam erti kata sebenar.Tetapi erapa ramai antara kita yang kukuh dalam menjaga solat 5 waktu nya.?Tepuk dada Tanya iman.
2.Siapa diantara kamu yang tidak meninggalkan solat rawatib.?
Sebahagian duduk dan ada sebahagian yang berdiri.
3.Siapa di antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud nya.

Semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh.Lihatlah wahai sahabat tercinta telah terlakar sejarah beribu tahun lalu sudah.Ingatlah dengan iman dan ketakwaan yang sebenar kepada allah kita mampu untuk menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan ramai lagi tokoh-tokoh islam yang kita sebagai ummah islam sendiri lupa seperti ibnu sina,bapa perubatan.Al khawarizmi,pakar matematik yang begitu agung di dunia dan ramai lagi yang menghasilkan ilmu bukan mencopy ilmu dari mana-mana buku.
Usah lah di bangga sengan segulung ijazah yang kita dapat kerana itu hanya beberpa peratus dari ilmu yang asli.Mampukah kita mencipta imu-ilmu baru seperti mereka.Sahutlah cabaran ini.Jadilah umat yang akan melakar satu lagi sejarah.

Monday, January 3, 2011

remaja dan cinta.part 2.

Salam cinta untuk semua..sudah lama rasanya tidak menulis...telalu sibuk dengan exam mid sem..alhamdulillah wa syukur lillah atas segala nikmat nya..
Ramai remaja apabila sebut pasal cinta..timbul lah dolak dalih nya.Keluarlah segala fatwa nya..cinta itu fitrah,cinta itu anugerah allah..cinta kerana allah.
Ya benar,tapi sejujurnya kita faham kah maksud cinta itu sendiri.Oang bercinta kita nak bercinta.Maklumlah hormon masing-masing dah naik.Ingin rasa disayangi,dicintai dan di belai.Bukan begitu?
cuba hayati bait-bait sajak ini:
cinta kalau bahasanya hati..itulah cinta hakiki,
kasih jika dasarnya rabbi..itulah cinta sejati,
cinta ini pasti teuji kerana itu sudah tradisi janji.
Jadi sebelum bercinta cuba fahami dahulu fitrah suci yang di berikan oleh allah kepada hamba nya.
Memetik buku tentang cinta,saya tertarik sekali dengan bait-bait
Cinta itu fitrah namun fitrah akan betukar ,menjadi fitnah bila kehendak tabi'ie tidak disalurkan atau diisi mengikut peratauran allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Sahabat...saya di sini tidak sekali-kali menghalang fitrah cinta itu.Bagi saya fitrah cinta adalah sesuatu yang suci yang harus diraikan dan bukan dipandang jelik atau pun di raikan dengan cara yang salah.




Kadang-kadang saya kecewa dengan polis-polis cinta yang apabila menjalankan dakwah bersikap pejudis terhadap cinta,menyalahkan cinta atas segala apa yang berlaku di atas dunia ini.Bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu di bakar.Jangan dipandang sesuatu yang allah ciptakan itu kotor sebaliknya berilah panduan kepada mereka untuk menikamati seteguk rasa kasih ilahi.




Jadi sekarang saya pasti anda sudah faham bahawa cinta itu fitrah.Apabila sesuatu fitrah iu dikurniakan kepada kita.Apa yang kita patut lakukan adalah bersyukur bukan.Segala keindahan cinta itu harus di syukuri dengan :
1.Berterima kasih kepada pemberi cinta iaitu rabbul izzati kita.Dari dialah datang cinta dan dia yang berhak membolak balikkan hati.Mungkin hari ini kekasih kita itu adalah buah hati intan payung,namaun mungkin hari esok,dialah racun,dialah duri.Bagaimana cara untuk berterima kasih adalah dengan membalas kembali rasa cinta yang di kurniakan itu kepada Allah.Bukankah itu adab menerima sesuatu.


perkuatkan kanlah diri mu berdua dengan rasa cinta sejati dan pebadi mulia untuk kembali kepada pemberi cinta mu.cintailah sesiapa pun yang akan membuat mu mencintai nya..
2.Hargai segala anugerah cinta.


Jika kita sorot kisah berkenaan cinta..begitu banyak yang menyimpang dari ajaran sebenar yang di ajarkan oleh rasulullah.Cinta antara teruna dan dara begitu di agungkan sehingga tiada lagi ruang untuk cinta yang lain.


guru saya ada berkata:teruna dan dara kita begitu sibuk mengeksperimen cinta sehingga mereka lupa bahwa sahabat mereka di paestin tidak sempat untuk menikmati cinta itu kerana cinta meeka kepada ad-din mereka lebih penting.tapi kita sibuk dengan cinta teruna dara.
Cinta yang di beri itu harus dijaga dan dibenih dengan baik.Setiap tindakan kita yang berlebihan dalam cinta itu ibarat kita membaja pokok kita dengan berlebihan sehinggakan pada waktu yang tidak pelu pun dibaja lambat laun..pokok yang seharusnya hidup subur mati layu begitu sahaja.Buah yang di nanti tidak juga kunjung tiba.


jika cinta tulus kerana allah tidak perlu kata manis kerana hati yang menikmati cinta itu pasti mengerti
cinta itu penguat di kala lemah.
cinta itu penawar dikala duka
cinta itu pembina dikala musnah,




Ku menanti cinta berbuah syurga.ya Allah peliharalah buah cinta ku untuk ke semai apabila hati ku sudah bersedia untuk menyemainya.Jagalah buah cinta ku dari sebarang pemusnah dan perosak.Lindungilah dia..


 INSYA ALLAH ANA AKAN MENYAMBUNG PART 3 TENTANG MASA BERCINTA YANG PALING SESUAI..=)

nilai solehah

sedikit pekongsiN Di blog abdullah mahdi




 Berpurdah..Biar Bernilai Solehah
Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam.Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :
 
Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan  yang tidak berpurdah
Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol
 
Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.
 
Solehah Bukan Di Mata
 
Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal.Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.
 
Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.
 
Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.
 
Ikhlas Menutup Pintu Fitnah, 
 
Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat  di bawah adalah kelakuan kalian :
 
Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim
 
Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?
 
 
 
Maksiat Di Sebalik Tudung
 
Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.
 
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi