topbella

Monday, January 3, 2011

remaja dan cinta.part 2.

Salam cinta untuk semua..sudah lama rasanya tidak menulis...telalu sibuk dengan exam mid sem..alhamdulillah wa syukur lillah atas segala nikmat nya..
Ramai remaja apabila sebut pasal cinta..timbul lah dolak dalih nya.Keluarlah segala fatwa nya..cinta itu fitrah,cinta itu anugerah allah..cinta kerana allah.
Ya benar,tapi sejujurnya kita faham kah maksud cinta itu sendiri.Oang bercinta kita nak bercinta.Maklumlah hormon masing-masing dah naik.Ingin rasa disayangi,dicintai dan di belai.Bukan begitu?
cuba hayati bait-bait sajak ini:
cinta kalau bahasanya hati..itulah cinta hakiki,
kasih jika dasarnya rabbi..itulah cinta sejati,
cinta ini pasti teuji kerana itu sudah tradisi janji.
Jadi sebelum bercinta cuba fahami dahulu fitrah suci yang di berikan oleh allah kepada hamba nya.
Memetik buku tentang cinta,saya tertarik sekali dengan bait-bait
Cinta itu fitrah namun fitrah akan betukar ,menjadi fitnah bila kehendak tabi'ie tidak disalurkan atau diisi mengikut peratauran allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Sahabat...saya di sini tidak sekali-kali menghalang fitrah cinta itu.Bagi saya fitrah cinta adalah sesuatu yang suci yang harus diraikan dan bukan dipandang jelik atau pun di raikan dengan cara yang salah.




Kadang-kadang saya kecewa dengan polis-polis cinta yang apabila menjalankan dakwah bersikap pejudis terhadap cinta,menyalahkan cinta atas segala apa yang berlaku di atas dunia ini.Bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu di bakar.Jangan dipandang sesuatu yang allah ciptakan itu kotor sebaliknya berilah panduan kepada mereka untuk menikamati seteguk rasa kasih ilahi.




Jadi sekarang saya pasti anda sudah faham bahawa cinta itu fitrah.Apabila sesuatu fitrah iu dikurniakan kepada kita.Apa yang kita patut lakukan adalah bersyukur bukan.Segala keindahan cinta itu harus di syukuri dengan :
1.Berterima kasih kepada pemberi cinta iaitu rabbul izzati kita.Dari dialah datang cinta dan dia yang berhak membolak balikkan hati.Mungkin hari ini kekasih kita itu adalah buah hati intan payung,namaun mungkin hari esok,dialah racun,dialah duri.Bagaimana cara untuk berterima kasih adalah dengan membalas kembali rasa cinta yang di kurniakan itu kepada Allah.Bukankah itu adab menerima sesuatu.


perkuatkan kanlah diri mu berdua dengan rasa cinta sejati dan pebadi mulia untuk kembali kepada pemberi cinta mu.cintailah sesiapa pun yang akan membuat mu mencintai nya..
2.Hargai segala anugerah cinta.


Jika kita sorot kisah berkenaan cinta..begitu banyak yang menyimpang dari ajaran sebenar yang di ajarkan oleh rasulullah.Cinta antara teruna dan dara begitu di agungkan sehingga tiada lagi ruang untuk cinta yang lain.


guru saya ada berkata:teruna dan dara kita begitu sibuk mengeksperimen cinta sehingga mereka lupa bahwa sahabat mereka di paestin tidak sempat untuk menikmati cinta itu kerana cinta meeka kepada ad-din mereka lebih penting.tapi kita sibuk dengan cinta teruna dara.
Cinta yang di beri itu harus dijaga dan dibenih dengan baik.Setiap tindakan kita yang berlebihan dalam cinta itu ibarat kita membaja pokok kita dengan berlebihan sehinggakan pada waktu yang tidak pelu pun dibaja lambat laun..pokok yang seharusnya hidup subur mati layu begitu sahaja.Buah yang di nanti tidak juga kunjung tiba.


jika cinta tulus kerana allah tidak perlu kata manis kerana hati yang menikmati cinta itu pasti mengerti
cinta itu penguat di kala lemah.
cinta itu penawar dikala duka
cinta itu pembina dikala musnah,




Ku menanti cinta berbuah syurga.ya Allah peliharalah buah cinta ku untuk ke semai apabila hati ku sudah bersedia untuk menyemainya.Jagalah buah cinta ku dari sebarang pemusnah dan perosak.Lindungilah dia..


 INSYA ALLAH ANA AKAN MENYAMBUNG PART 3 TENTANG MASA BERCINTA YANG PALING SESUAI..=)

No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi