topbella

Saturday, January 8, 2011

Pabila semboyan berbunyi

by:miss farhan al kelantani=)
Adakah kau lupa kita pernah Berjaya,
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa
Memayungi2/3 dunia,
Merentas benua,
Keimanan dan ketakwaan
Rahsia mereka gapai kejayaan.

Meneliti bait-bait rangkap lagu adakah kau sudah lupa seakan-akan menyindir kita yang kian lupa dari hari ke hari dan juga semakin tenggelam dalam dunia yang kita cipta sendiri.Lupa akan tanggungjwab kita sebagai khalifah yang di cipta oleh allah s.w.t.

Berapa umur kita sekarang,18 atau 19 atau 20?Sepanjang hidup kita apakah sejarah yang kita sudah cipta sepanjang hidup kita.Ada atau tidak atau sekadar omong kosong yang melampau?

Saya begitu terkesan  dengan kisah sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan costantinapole  yang begitu beharga pada usia 21 tahun dengan perancangan yang begitu rapi dan tersusun.Begitu hebat sekali sultan  muda ini mampu berbuat jasa pada agama dan bangsa pada usia yang begitu muda.

Tetapi anak muda kita pada usia 21 tahun begitu bangga mempunyai mempeagakan kekasih hati mereka,bangga dengan maksiat mereka,bangga berbuat jahat,bangga atas bangga yang tak sepatutnya di banggakan.


 



Selepas Sultan Muhammad Al-Fateh  menawan kota Constantinapole dia mengumpul tentera untuk  memilih bakal imam untuk mengimami solat.3 soalan yang perlu di jawab oleh mereka sebelum dipilih menjadi imam.Mereka semua berdiri untuk menjawab soalan

1.Siapa di antara kamu tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu
Semua masih berdiri.Ini menunjukkan keimanan seseorang amat di titik beratkan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan dalam erti kata sebenar.Tetapi erapa ramai antara kita yang kukuh dalam menjaga solat 5 waktu nya.?Tepuk dada Tanya iman.
2.Siapa diantara kamu yang tidak meninggalkan solat rawatib.?
Sebahagian duduk dan ada sebahagian yang berdiri.
3.Siapa di antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud nya.

Semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh.Lihatlah wahai sahabat tercinta telah terlakar sejarah beribu tahun lalu sudah.Ingatlah dengan iman dan ketakwaan yang sebenar kepada allah kita mampu untuk menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan ramai lagi tokoh-tokoh islam yang kita sebagai ummah islam sendiri lupa seperti ibnu sina,bapa perubatan.Al khawarizmi,pakar matematik yang begitu agung di dunia dan ramai lagi yang menghasilkan ilmu bukan mencopy ilmu dari mana-mana buku.
Usah lah di bangga sengan segulung ijazah yang kita dapat kerana itu hanya beberpa peratus dari ilmu yang asli.Mampukah kita mencipta imu-ilmu baru seperti mereka.Sahutlah cabaran ini.Jadilah umat yang akan melakar satu lagi sejarah.

No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi