topbella

Monday, January 10, 2011

Sesuap kasih

CERPEN PERTAMA YANG DIPUBLISH
HAK CIPTA:FITRAH KEGEMBIRAAN
Pandangan ana tertumpu pada pergerakan suami nya sedang membasuh kereta Viva hitam mereka.Begitu ralit dia memandang dengan penuh kasih sayang.Kandungan nya yang berusia  7bulan di usap lembut.Kadang-kadang terasa tendangan perlahan.Indah sekali perasaan menjadi ibu buat pertama kali.Anak yang sekian lama dinanti.5 tahun mereka menikah.Inilah rezeki nya yang pertama bersama suami nya.


Masih segar di ingatannya,beberapa kali dia di masukkan ke hospital PERDANA di Kota bharu kerana keguguran.Hanya Allah yang tahu betapa hatinya hancur apabila cita-cita nya untuk mendapat cahya mata gagal.Air mata sudah menjadi peneman setia,mujurlah suami tercinta ada di sisi.Dia lah penghibur dialah peneman,kala kesulitan perasaan melanda di jiwa.Sedikit sebanyak perasaan nya terubat

.Namun sungguh suami nya seorang yang sangat penyabar.Ramai antara rakan mereka yang sudah mempunyai anak,walaupun Ana dan suami nya berkahwin lebih awal pada itu.Namun ini mungkin ujian untuk menguji ksejauh mana ketakwaan seorang hambanya.

Tiba-tiba terasa perutnya memulas,terasa semacam ingin membuang air besar.Semakin lama semakin kuat contraction yang di rasa di tengah-tengah perut dan di sertai dengan aliran cecair hangat keluar di celah kaki nya.Mulut nya seakan-akan terkunci untuk memanggil suami nya yang baru selesai mengelap kereta.Tangan nya di tekan ke rahim.Dahi nya berkerut menahan kesakitan.Ana cuba bangun dari kerusi batu di halaman rumah nya.Dia Berjaya bangun,dan cuba berjalan kea rah suami nya.Namun tidak sampai ke destinasi,dia pitam menyembah bumi.


Khairul Azam yang baru menyedari keadaan isterinya berlari tanpa sempat menutup pili air yang di buka.Dipangku kepala isterinya dan di tepuk pipi Ana berkali kali.Sepi.Tiada reaksi.Khairul cuba memanggil nama,mengharapkan ada jawapan namun hampa.Dengan langkah yang pantas,tanpa membuang masa khairul mengangkat Ana masuk ke dalam kereta.Dia berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil tudung bulat isterinya yang selalu dipakai untuk keluar.Perjalanan ke hospital Perdana terasa sangat lama.Dia cuba untuk menenangkan diri dengan beristighfar.Mulut nya terkumat kamit membaca doa semoga tida apa- apa yang berlaku.


‘’Ya allah peliharalah isteri ku,dialah ratu hati ku,jika anak ini bukan rezaki ku,aku redha.Khairul pasrah!Dia masih ingat akan kata-kata doktor Heliza yang merawat isteri nya.Kata nya,kandungan isteri nya lemah dan mereka harus bersedia menerima hakikat jika bayi itu ‘hilang’.Ditambah pula rahim isteri nya yang ada sedikit kelainan.Peratus untuk dia mendapat bayi hanyalah 50 peratus.Namun dia tidak sampai hati untuk memberitahu zaujah nya yang amat teruja dengan berita ini.

Sesampainya di hospital,Khairul mengangkat isterinya ke ruang kecemasan.Seketika Cuma dia dapat melihat isterinya sebelum Ana di bawa masuk ke dalam bilik rawatan.Selepas beberapa lama,Dr Heliza keluar mendapatkan Khairul.Dari raut wajah nya,Khairul dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku.Panjang penerangan Dr.Heliza.Namun isi utama nya yang ingin di beritahu adalah bayi nya meninggal di dalam kandungan.Khairul terduduk mendengar berita itu,walaupun sudah bersiap sedia.Setitis air mata lelaki nya jatuh dipipi.Borang pembedahan di tandatangan.Walau apa yang terjadi pun,dia masih bersyukur ratu nya masih di selamatkan allah s.w.t.

Selepas menandatangani borang itu.Khairul Azam mengorak langkah ke musollaa.Memohon sedikit kekuatan dari allah S.W.T. Khairul Azam tahu dia akan kalah apabila melihat isteri nya menangis kehilangan zuriat yang begitu di cintai nya.Lama dia bersujud.Air mata jatuh di di atas sejadah becorak kaabah itu.Pandangan nya sayu menatap sejadah itu.Setitik lagi air mata mengalir.

Jam 5.oo petang dia masuk ke dalam wad yang menempatkan isterinya.Kucupan hangat di beri kepada isterinya yang sedang terlena.Perut Ana di usap lembut.Kosong tidak berpenghuni.Perlahan-laha isterinya membuka mata.Merah matanya.Dada nya beromak semula.Khairul memegang tangan isterinnya member kekuatan.
Perlahan ana bersuara.

‘’Abang,kahwin lah dengan wanita lain.Dinda tak mampu berikan abang zuriat.Dinda tak mapu menjadi penyalur benih abang.’’
Perlahan khairul menjawab
‘’Dinda ,bagi abang,abang tak kan khianati kesetiaan dinda,pengorbanan dinda menjaga abang selama ini.Abang dah cukup bahagia.Anak itu adalah anugerah allah.ABANG PUN ADA IBU,ABANG FAHAM PERASAAN KALAU HIDUP PERLU DIKONGSI.’’

Air mata lesu mengalir lagi dari pipi ana jatuh ke bibir kering nya.
Khairul menyeka nya lembut.Basah.


No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi