topbella

Saturday, January 8, 2011

remaja dan cinta part 3

Dua hari yang lalu saya berbual dengan rakan baik saya.Pelbagai perkara kami bualkan.Tiba-tiba dia bertanya masalah rakannya kepada saya.Kata nya rakan nya itu tidak tahan untuk menikah.Saya tergelak.Frasa tidak tahan itu begiutu mencuit hati saya.Saya bertanya apa masalah nya sehingga da begitu TIDAK TAHAN untuk menikah.Kata rakan saya mereka berdua tidak mahu becinta dan terlibat dengan maksiat lalu mereka memiih untuk menikah,Oh!mulia sekali niat mereka.

Lalu jawab saya,nikah bukan semudah yang di kata.Sudah rasa diri itu cukup bersediakah untuk menikah.Inilah akibat nya apabila pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak di letak limitation atau batasan.Jadi selepas itu mereka akan merasa berada dalam situasi tidak tahan seperti tadi.

Penyelesaian nya senang,kenapa perlu contact si dia.Jika benar hati sudah berkenan.Maka belajar lah bersungguh-sungguh.Ini tidak,bila sudah rasa cinta,mulalah seperti belangkas dalam sehari tidak mengucapkan  i love u tidak sah.Selepas itu mulalah perasaan tak terkawal...meronta-ronta nak kahwin.Kahwin hanya keana nafsu kah?!

Jika anda berada dalam situasi tadi..saya ingin menegaskan bahawa anda masih lagi sangat-sangat tidak matang untuk bercinta dan memegang title suami ataupun isteri.

Disini saya bukan lah ingin menghina orang yang bekeinginan untuk menikah awal.Itu baik sekali untuk menjaga hati kedua-dua pasangan.Tetapi itu jika sudah mampu!!!!MAMPU.cuba highlightkan perkataan ini.Ramai yang ingin menikah tapi mereka tidak fikir persediaan nya.

menikah itu mudah,
namun kehidupan selepas itu sangat sulit.
cinta itu manis nya hanya sebulan.
ingat pahit ingat cinta.

Jadi jika ada sesiapa merasa diri nya sudah cukup untuk bercinta

Ini lah syarat yang haus di patuhi untuk mekayakkan diri anda bercinta

1.lihat jika amalan anda sudah mantap atau belum.Bagi lelaki,sudah istiqomah kah dalam berjemaah.Jika berjemaah pun anda liat usah terfikir untuk menikah kerana anda akan gagal untuk mendidik isteri anda nanti.Bagi perempuan pula sudah cukup kah amalan sunat anda untuk mempersiapkan diri untuk menikah dan menjadi ibu pada anak-anak.Anda harus kuat dan juga sudah bersih diri.Jika anda masih belim khatam al-quran anda masih jauh untuk memikirkan soal cinta.

2.Jika anda yakin syarat pertama itu sudah di penuhi maka anda sudah hampir bersedia.Tetapi perlu di ingat orang yang mencintai antara satu sama lain tidak perlukan perantaraan lain.Maksud saya di sini tidak perlu menghabiskan kredit hanya untuk mengucapkan rindu atau pun sayang.Itu tidak perlu!!Jika anda melakukan nya nampak nya anda belum matang.Itu hanya cinta monyet.Cinta perlukan persediaan dari segi mental dan fizika dan juga sakhsiah.

3.Yakin anda sudah cukup ilmu untuk membimbing antara satu sama lain.BAGI lelaki soal fiqh wanita harus khatam supaya anda mampu untuk mendidik antara stu sama lain nanti.Kalau tidak nanti anda  akan buta dalaM terang.Bagi wanita jika ingin bercinta,pilihlah orang yang boleh membimbing mu.

4.Yakin anda tidak akan melakukan semua maksiat.Besediakah?Jika lelaki itu benar-benar mencintai anda dia tidak akan meletakkan anda daam situasi yang akan mendekatkan anda kepada maksiat.Cinta itu simpanlah sehingga halal.tidak ada ruginya.Jika sebelum kahwin pun sudah tidak mampu mengwal diri.Anda fikir anda sudah mampu untuk mengawal diri seepas kahwin.Jika dengan anda dia tidak mampu menjaga ikhtilat apatah lagi dengan wanita lain.

sayangkan kekasih tinggal tinggalkan,
sayangkan allah amal amalkan

cinta tanpa pesediaan satu musibah
cinta tanpa ilmu itu satu  masalah

Jadi jika ingin bercinta..pastikan anda mempunyai matlamat untuk menikah dalam masa 3 4 tahun.Jangan jadi cinta tin kosong yang tidak ada masa depan.Bukan mudah untuk menerima tanggungjwab bercinta.Cinta itu bukan melibatkan dua hati tapi hati-hati insan lain juga.

Cinta..
usah terlalu mudah menerima,
usah terlalu sulit menerima,
jika tiba saat dan waktu nya,
cinta adalah satu kuasa yang sangat hebat,
bagi sesiapa yang meghargainya.

insya ALLAH saya akan menyambung tajuk seterusnya dimasa depan.




No comments:

Post a Comment

kembara di bumi uia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seindah tautan kasih ilahi

My photo
menjaga amanah kasih 'terawal' dari ilahi